Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh masuk haram dipenjara

-

MIRI: Seorang buruh warga asing dijatuhi hukuman penjara 21 hari oleh Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin kerana kesalahan masuk ke negeri ini secara haram.

Hukuman itu dijatuhkan Timbalan Pendaftar Nasrul Hadi Abdul Ghani setelah menimbangk­an beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan dilakukann­ya serta mengambil kira tempoh masa tertuduh tinggal di negeri ini secara haram.

Ikmal Jupri, 19, dari Sulawesi Selatan, Indonesia didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya serta disebat sehingga enam kali jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh sebagai seorang yang bukan warganegar­a Malaysia didapati masuk ke negeri ini tanpa mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah.

Dia didakwa melakukkan kesalahan itu pada jam 9 malam, 3 November lalu di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Batu Niah.

Selain itu, tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana kesalahan memiliki sebilah pisau tanpa kebenaran sah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat yang sama dengan kesalahan pertama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh dikenakan hukuman penjara seminggu dan dijalani secara berasingan dengan hukuman terdahulu.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran sebaik selesai menjalani hukuman penjara kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia