Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja disyaki curi RM7,000

-

SIBU: Seorang remaja disyaki mencuri wang bapanya sebanyak RM7,000 pada malam Ahad lalu.

Suspek berusia 16 tahun menyedari bapanya tiada di rumah mereka di Jalan Kapor di sini.

Sekitar jam 7 malam, suspek bertanyaka­n bapanya kepada ibunya apabila melihat motosikal bapanya tiada di rumah.

Ibu suspek memberitah­u bahawa bapanya pergi ke gereja.

Tidak lama selepas itu, ibu suspek terlihat api bilik tidurnya dipasang tetapi ditutup semula.

Ibunya, bagaimanap­un tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya.

Namun semalam, sekitar jam 6 pagi bapa suspek menyedari wangnya hilang apabila mendapati separuh daripada wang yang disimpanny­a di dalam laci hilang.

Ia mula disedari apabila bapa suspek hendak pergi ke bandar untuk membuat sesuatu pembayaran.

Selepas itu, bapanya terus mengesyaki suspek kerana suspek mempunyai rekod yang tidak baik.

Tambahan pula, suspek awal-awal lagi sudah tiada di rumah dan usaha menghubung­i telefonnya gagal.

Suspek dikatakan pernah dibuang sekolah kerana sikapnya yang panjang tangan.

Suspek difahamkan bukan anak sebenar mangsa dan dia merupakan anak angkat.

Kemudian bapanya sambil ditemani beberapa anggota keluargany­a pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia