Utusan Borneo (Sarawak)

Guru tabika, taska penggilap generasi masa depan

Mereka mengasah generasi masa depan menuju kecemerlan­gan, kegemilang­an dan kemajuan

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Guru tabika dan taska adalah perintis mengasah dan menggilap generasi masa depan menuju ke arah kecemerlan­gan, kegemilang­an dan kemajuan era pendidikan negara.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Kaunselor Dayang Raoyah Abang Adeng berkata corak masa depan sesebuah negara dapat dilihat menerusi kejayaan golongan ini dalam membina modal insan yang berkualiti.

Katanya kerjaya sebagai seorang pendidik bukanlah suatu yang mudah kerana cabaran dihadapi mereka kerap kali berubah mengikut peredaran masa.

“Bukan semua orang mampu memikul tanggungja­wab sebagai guru atau pendidik

Bukan semua orang mampu memikul tanggungja­wab sebagai guru atau pendidik khususnya di peringkat

” pendidikan awal kanak-kanak. Kaunselor Dayang Raoyah Abang Adeng Setiausaha Politik Ketua Menteri

khususnya di peringkat pendidikan awal kanakkanak,” katanya pada Majlis Konvokesye­n Mini Tabika KEMAS Zon Sarikei Parlimen Tanjung Manis di sini semalam.

Seramai 82 kanak-kanak Tabika KEMAS Zon Sarikei menerima sijil dan hadiah pada majlis itu.

Beliau yang juga Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Belawai berkata, guru atau pendidik tidak hanya berperanan dalam bidang pendidikan tetapi mempunyai pelbagai fungsi.

“Guru menjadikan seorang insan memberikan anjakan paradigma, mengubah sikap serta contoh teladan kepada murid.

“Usaha guru mengubah persepsi, sikap serta menguasai pelbagai bidang ilmu memberi impak positif dalam minda dan tingkah laku mu- rid,” katanya.

Menurutnya, dunia semakin berubah dengan pelbagai isu sosial serta ledakan teknologi maklumat dan telekomuni­kasi, justeru kita harus bergerak selari dengan semua itu.

Sebanyak 13 Tabika KEMAS Parlimen Tanjung Manis terlibat pada majlis yang turut diserikan dengan pelbagai aktiviti dan persembaha­n kanak-kanak terbabit.

Turut hadir Penasihat Jawatankua­sa Majlis Noraini Siji, guru-guru Tabika KEMAS Zon Sarikei dan ibu bapa.

 ??  ?? Dayang Raoyah (tengah) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada kanak-kanak Tabika KEMAS Zon Sarikei semalam.
Dayang Raoyah (tengah) menyampaik­an sijil dan hadiah kepada kanak-kanak Tabika KEMAS Zon Sarikei semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Giri (kanan) menyampaik­an hadiah kepada seorang kanak-kanak tabika sambil diperhatik­an Dolhan (tengah) pada majlis itu semalam.
TAHNIAH: Giri (kanan) menyampaik­an hadiah kepada seorang kanak-kanak tabika sambil diperhatik­an Dolhan (tengah) pada majlis itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia