Utusan Borneo (Sarawak)

OKU bermasalah penglihata­n akan terus dibantu

-

MIRI: Golongan orang kurang upaya (OKU) penglihata­n di negeri ini akan terus dibantu melalui pemberian latihan, kursus kemahiran dan bantuan kebajikan.

Timbalan Residen Bahagian Miri Emang Oyo Emang berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin dan komited membantu serta membela nasib OKU penglihata­n di negara ini.

“Pelbagai latihan, bantuan dan kursus telah, sedang dan terus diberikan kepada OKU penglihata­n.

“Kita percaya, golongan ini dapat melakukan sesuatu yang membanggak­an seterusnya mencipta kecemerlan­gan sekiranya dibantu dan dibimbing,” katanya.

Emang berucap demikian ketika mewakili Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembanguna­n Keluarga Rosey Yunus pada sambutan Hari Tongkat Putih Peringkat Miri dan meraikan kejayaan pendaki Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu anjuran Persatuan Orang Buta Miri dan Bintulu di sini semalam.

Justeru, Emang mengingatk­an masyarakat agar berganding bahu dengan kerajaan untuk bersamasam­a menghulurk­an bantuan kepada golongan OKU penglihata­n agar mereka dapat memperbaik­i kehidupan diri dan keluarga.

“Saya turut menggesa pihak swasta memberi perluang kepada golongan ini membuktika­n keupayaan mereka dengan peluang pekerjaan,” katanya.

Dalam pada itu, Emang memuji semangat dan kesungguha­n peserta- peserta ekpedisi yang diketuai pengerusi persatuan Isak Ngau menawan puncak Gunung Kinabalu sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.

“Kejayaan ini membuktika­n kekurangan diri bukan penghalang golongan OKU penglihata­n mencapai apa yang dimahukan dalam hidup selagi ada kemahuan dan kesungguha­n,” katanya.

Pada majlis itu, Emang turut mengumumka­n peruntukan daripada Rosey berjumlah RM2,000 bagi membiayai aktiviti persatuan itu.

Terdahulu, Isak dalam ucapannya berkata Hari Tongkat Sedunia disambut di seluruh dunia bertujuan menyedarka­n masyarakat mengenai kewujudan golongan OKU penglihata­n dan diharap orang awam lebih bertimbang rasa terhadap mereka.

“Kami berharap lebih banyak pihak, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi dapat membantu dan mempelawa kami mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan untuk mengumpul dana,” katanya.

Isak melahirkan penghargaa­n kepada pihak yang menaja ekspedisi menawan Gunung Kinabalu iaitu Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem (RM5,000) PEKEMA (RM3,000) dan seorang individu (RM500).

Emang turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada pendaki Ekpedisi Menawan Gunung Kinabalu serta penyampaia­n cek.

 ??  ?? TAHNIAH: Emang (tiga kiri), Isak (lima kanan) dan pendaki Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu menunjukka­n cakera padat (CD) mengandung­i rakaman pengalaman mereka.
TAHNIAH: Emang (tiga kiri), Isak (lima kanan) dan pendaki Ekspedisi Menawan Gunung Kinabalu menunjukka­n cakera padat (CD) mengandung­i rakaman pengalaman mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia