Utusan Borneo (Sarawak)

PVTMS memerlukan sumbangan orang ramai bantu ahli

-

SIBU: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak ( PVTMS) amat memerlukan sumbangan dana daripada orang ramai yang dikutip sempena Kempen Tabung Pahlawan ( KTP) setiap tahun bagi membantu ahli serta veteran tentera memerlukan.

Menurut Presiden PVTMS Thomas Ling, masih terdapat segelintir masyarakat mempersoal serta tidak faham dengan tindakan persatuan mengutip dana itu setiap tahun.

“Persatuan amat memerlukan dana ini untuk menjaga kebajikan serta membantu ahli dan veteran tentera yang memerlukan bantuan.

“Usaha ini juga memberi kesedaran dan peluang kepada semua lapisan masyarakat menghulurk­an sumbangan sebagai ingatan dan penghargaa­n kepada mereka yang berkorban nyawa mempertaha­n keamanan negara,” katanya pada sidang media mengenai KTP 2014 di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Biro Kebajikan PVTMS Mohd Bakri Mohd Yusoff, Ahli Jawatankua­sa (AJK) Nuing Tau serta ahli PVTMS Intily Geruna.

Thomas berkata PVTMS bersama Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) dalam KTP 2014 yang dilancarka­n oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di Kuala Lumpur pada 6 September lalu.

Serentak itu, PVTMS melancarka­n KTP 2014 Peringkat Negeri Sarawak yang dirasmikan Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil pada 2 November lalu.

“Pada KTP 2014 PVTMS menyasarka­n kutipan RM200,000,” jelasnya sambil memohon orang ramai menderma dengan ikhlas.

Kutipan pusingan pertama dijalankan di Bau pada 8 November lalu dengan men- gumpul RM1,430 dan daerah Lundu pada 9 November dengan kutipan RM910.

Bagi daerah Sibu, kutipan dijangka bermula minggu ini. Persatuan memohon lesen pungutan awam daripada kerajaan negeri yang diluluskan pada 27 Oktober lalu berkuat kuasa selama tiga bulan.

“Besar harapan kami agar perbadanan, agensi swasta dan kerajaan dapat membantu persatuan ini agar berjaya mencapai sasaran kutipan tahun ini,” katanya.

Pada kempen tahun lalu, PVTMS berjaya mengumpul dana sejumlah RM82,144.

 ??  ?? DERMA: Thomas (dua kanan) menerima sumbangan daripada Mohd Bakri, mewakili Farah Enterprise yang menyumbang dana sebanyak RM1,111 kepada Kempen Tabung Pahlawan 2014.
DERMA: Thomas (dua kanan) menerima sumbangan daripada Mohd Bakri, mewakili Farah Enterprise yang menyumbang dana sebanyak RM1,111 kepada Kempen Tabung Pahlawan 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia