Utusan Borneo (Sarawak)

Syabu bernilai RM800,000 dirampas

Percubaan sindiket antarabang­sa seludup dadah guna kurier terbongkar

-

KUALA LUMPUR: Polis mematahkan empat percubaan menyeludup dadah oleh sindiket antarabang­sa yang dipercayai didalangi warga Nigeria dan merampas syabu seberat kirakira 8 kilogram bernilai RM800,000 di sebuah syarikat kurier di Petaling Jaya pada Jumaat dan kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata operasi rampasan dadah yang dipercayai dibawa dari Guangdong, China itu tidak melibatkan sebarang tangkapan.

“Pada Jumaat lepas, kirakira jam 7 petang, kami telah membuat pemerikasa­an ke atas sebuah kotak di syarikat kurier itu dan menjumpai syabu seberat 2.5 kg, yang disorokkan di dalam alat ‘machine rubber roller’,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini semalam.

Susulan kes pertama itu, Noor Rashid berkata sebuah kotak lain yang mengandung­i peralatan aksesori basikal juga turut diperiksa di syarikat terbabit dan polis menjumpai pula bungkusan kertas karbon mengandung­i dadah jenis syabu seberat kira-kira 1.9 kg yang disorok dalam span tempat duduk basikal.

“Penggunaan kertas karbon ini berfungsi untuk mengelakka­n dadah ini dikesan oleh mesin pengimbas,” katanya.

Sementara itu, dalam serbuan ketiga di syarikat ku- rier yang sama pada jam 1 petang kelmarin, polis yang memeriksa sebuah kotak mengandung­i alat ‘machine rubber roller’ menjumpai lagi dadah jenis syabu seberat 2.5

Penggunaan kertas karbon ini berfungsi untuk mengelakka­n dadah ini dikesan oleh mesin

” pengimbas. Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

kg yang disorokkan di dalam alat berkenaan.

Selang empat jam kemudian sebanyak 22 bungkusan kecil syabu seberat 970 gram turut dijumpai di dalam enam buah katrij warna mesin pencetak, katanya.

Noor Rashid berkata kejayaan itu adalah hasil maklumat yang diterima daripada pihak awam dan kerjasama erat syarikat perkhidmat­an kurier terbabit dalam usaha membantera­s kegiatan penyeludup­an dadah di negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPAS: Noor Rashid (tengah) menunjukka­n dadah jenis Syabu seberat 2.5 kg yang disorokkan di dalam alat ‘Sealing Cutting Machine Rubber Roller’ pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama RAMPAS: Noor Rashid (tengah) menunjukka­n dadah jenis Syabu seberat 2.5 kg yang disorokkan di dalam alat ‘Sealing Cutting Machine Rubber Roller’ pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TEMUI AJAL: Anggota polis menyiasat pejabat syarikat pengawal keselamata­n selepas seorang pengawal keselamata­n, M.Pusbanatha­n,52, mati tertembak diri sendiri di tempat pejabat berkenaan yang terletak di Idea Avenue Medan Relau di George Town, kelmarin.
— Gambar Bernama TEMUI AJAL: Anggota polis menyiasat pejabat syarikat pengawal keselamata­n selepas seorang pengawal keselamata­n, M.Pusbanatha­n,52, mati tertembak diri sendiri di tempat pejabat berkenaan yang terletak di Idea Avenue Medan Relau di George Town, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia