Utusan Borneo (Sarawak)

Dua penduduk dari Pulau Perhentian Kecil hilang di laut

-

BESUT: Dua penduduk Pulau Perhentian Kecil dikhuatiri hilang bersama bot mereka di laut ketika dalam perjalanan pulang ke pulau peranginan itu malam kelmarin.

Mangsa Suffian Mohd Nor, 42, seorang nelayan dan Mohd Suhaimi Ibni Shukri, 27, pekerja chalet dikatakan pulang ke pulau itu dengan bot fiber menerusi Jeti Kuala Besut kira-kira jam 8 malam.

Pegawai Operasi Mencari yang juga Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Hasmadi Jusoh berkata namun kedua-dua mangsa tidak kembali ke rumah sebelum keluarga mereka membuat laporan polis.

“Kedua- dua mangsa sepatutnya sampai dua jam kemudian pada malam tadi ( malam kelmarin), sebaliknya gagal berbuat demikian sehinggala­h kirakira jsm 7 pagi tadi (pagi semalam). Seorang daripada mereka telah menghubung­i keluargany­a.

“Dia memberitah­u bot mereka mengalami kerosakkan enjin dan dihanyut ke suatu lokasi yang mereka tidak ketahui sebelum terputus hubungan,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Seramai lima anggota bomba bersama polis telah memulakan operasi pencarian di beberapa kawasan perairan dengan tumpuan kepada lokasi laluan bot antara Kuala Besut dan Pulau Perhentian serta pulau-pulau berdekatan.

Hasmadi tidak menolak bot mangsa berkemungk­inan ditolak jauh dari lokasi laluan bot berikutan keadaan cuaca yang gelap malam kelmarin dan ditambah dengan laut yang bergelora.

Dalam perkembang­an lain, usaha mencari seorang nelayan yang hilang sejak Khamis lalu, Ali Majid, 59, dari Pengakalan Atap, Kuala Besut masih gagal ditemui dan anggota mencari dan menyelamat masih meneruskan usaha pencarian sehingga semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia