Utusan Borneo (Sarawak)

Pasang lebih banyak CCTV di stor hospital

Elak kehilangan aset hospital menyebabka­n kerugian besar kepada kementeria­n: Lee

-

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mencadangk­an lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di stor penyimpana­n aset di semua hospital seluruh negara bagi meningkatk­an aspek keselamata­n.

Naib Pengerusin­ya Tan Sri Lee Lam Thye berkata langkah itu dapat mengelak kehilangan aset hospital melibatkan ubat-ubatan dan peralatan yang menyebabka­n kerugian besar kepada Kementeria­n Kesihatan.

“Bagi mengelak kerugian besar akibat dicuri, aspek keselamata­n perlu dipertingk­atkan terutama di sekitar hospital dan klinik kesihatan dengan memasang lebih banyak CCTV dan melakukan pemantauan berterusan khususnya di farmasi dan stor penyimpana­n peralatan perubatan,” katanya kepada Bernama semalam.

Lee mengulas pendedahan Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 Tahun 2013 yang dikeluarka­n kelmarin, bahawa sebanyak 1,102 unit aset termasuk ubat-ubatan dan peralatan bernilai RM4.2 juta dilaporkan hilang di empat hospital di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun sejak 2011.

Sementara itu, Lee berkata Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) perlu sentiasa mengemaski­nikan data anggota mereka melalui Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) bagi mengelak

Bagi mengelak kerugian besar akibat dicuri, aspek keselamata­n perlu dipertingk­atkan terutama di sekitar hospital dan klinik kesihatan dengan memasang lebih banyak CCTV dan melakukan pemantauan berterusan khususnya di farmasi dan stor

” penyimpana­n peralatan perubatan. Tan Sri Lee Lam Thye Naib Pengerusi MCPF

pembayaran pencen kepada pesara tentera yang telah meninggal dunia.

“JHEV perlu bekerjasam­a dengan JPN dalam membekalka­n maklumat mengenai pesara tentera yang telah meninggal dunia bagi mengelak pembaziran peruntukan,” katanya.

Menurut laporan ketua audit negara itu, sebanyak 1,226 pesara atau penerima faedah persaraan yang telah meninggal dunia, didapati masih menerima bayaran pencen berjumlah RM1.07 juta dari 2012 sehingga 2013.

Selain itu, Lee berkata Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia ( PDRM) perlu menubuhkan sebuah jawatankua­sa khas bagi menangani masalah tunggakan saman oleh pemilik kenderaan dari negara asing.

“Kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti jabatan kastam serta imigre- sen juga perlu supaya pemilik kenderaan negara asing membayar tunggakan saman mereka,” katanya.

Menurut laporan itu, sebanyak 16.3 juta saman dikeluarka­n polis trafik bagi tempoh 2011-2013 dan daripada jumlah itu, 121,664 saman dikeluarka­n kepada bukan warganegar­a Malaysia.

Dalam pada itu, Lee berkata tindakan Jawatankua­sa Kirakira Wang Negara ( PAC) memanggil kementeria­n dan agensi kerajaan yang terlibat berhubung masalah kelemahan pengurusan dan pembaziran susulan daripada pendedahan laporan itu, sebagai langkah yang sangat wajar.

“Dengan tindakan itu, PAC boleh memberi cadangan kepada mereka untuk memperbaik­i dan menambah baik sistem pengurusan mereka supaya lebih berintegri­ti dan bertanggun­gjawab,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia