Utusan Borneo (Sarawak)

Pindaan Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dibentang pada sesi depan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meminda Akta Anti Pemerdagan­gan Orang (Pindaan) 2010 bagi meningkatk­an kedudukan Malaysia dalam Laporan Pemerdagan­gan Manusia (TIP) yang dikeluarka­n kerajaan Amerika Syarikat daripada Tahap Tiga ke tahap lebih baik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan itu dijangka dibentangk­an di Dewan Rakyat pada persidanga­n akan datang dan ia dijangka dilaksanak­an menjelang Jun tahun depan.

Cadangan pindaan itu terutama mengenai tindakanti­ndakan seperti tangkapan dan pertuduhan telah dibincangk­an pada mesyuarat jawatankua­sa khas peringkat atasan dipengerus­ikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, katanya.

“Antara yang diberi penekanan dalam perbincang­an itu ialah penjagaan mangsa pemerdagan­gan orang di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antipemerd­agangan orang dan kita masih berbincang untuk mengenal pasti NGO yang mampu bekerjasam­a dengan kerajaan serta bentuk sokongan termasuk bantuan kewangan yang perlu diberi kepada mereka.

“Penasihat undang- undang kami telah membawa perkara ini kepada Peguam Negara untuk meminda undang-undang sedia ada dan ia dijangka dibentangk­an pada persidanga­n akan datang,” katanya di Dewan Rakyat di sini semalam.

Wan Junaidi menjawab soalan tambahan Su Keong Siong ( DAP- Ipoh Timur) yang ingin tahu langkah kerajaan bagi meningkatk­an taraf Malaysia dalam laporan TIP yang sangat diberi penekanan oleh Amerika untuk menilai kemasukan Malaysia dalam program pengecuali­an visa negara itu.

Pada Jun lepas, Pentadbira­n Amerika menurunkan taraf Malaysia bersama-sama Thailand dan Venezuela ke- pada tahap terendah dalam laporan TIP.

Wan Junaidi berkata pelaksanaa­n undang-undang baharu itu diyakini dapat meningkatk­an taraf Malaysia dalam TIP, selain memberi penerangan kepada NGO dari Amerika bagi menunjukka­n bahawa Malaysia serius dalam menangani jenayah pemerdagan­gan manusia.

Terdahulu, menjawab soalan asal Su mengenai status perbincang­an program pengecuali­an visa dengan kerajaan Amerika, beliau berkata proses itu mengambil masa 18 hingga 24 bulan dan tiada tempoh maksimum ditetapkan oleh negara berkenaan.

“Delegasi teknikal diketuai menteri dalam negeri telah melawat Washington DC pada 25 hingga 29 Ogos untuk mendapatka­n taklimat komprehens­if mengenai syarat-syarat teknikal bagi menyertai program itu yang merupakan keperluan statutori ditetapkan Kongres Amerika,” katanya.

Wan Junaidi berkata menteri itu turut membuat lawatan susulan pada 24 Sept hingga 2 Okt lepas untuk membincang­kan kerjasama dengan Amerika mengenai keperluan Malaysia memenuhi tujuh syarat yang ditetapkan termasuk memuktamad­kan perjanjian membantera­s jenayah berat dan perjanjian pertukaran maklumat mengenai pengganas.

Program pengecuali­an visa itu dibincangk­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Barack Obama semasa pemimpin Amerika Syarikat itu melawat Malaysia April lepas.

Program itu akan membolehka­n rakyat Malaysia memasuki Amerika tanpa visa dan membolehka­n mereka tinggal di negara itu bagi tempoh maksimum 90 hari untuk tujuan pelanconga­n atau perniagaan.

Setakat ini, 37 negara telah menyertai program itu termasuk Singapura dan Brunei. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia