Utusan Borneo (Sarawak)

Najib gesa Putin bantu buka laluan ke kawasan nahas MH17

-

BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Presiden Rusia Vladimir Putin untuk membantu memberi akses sepenuhnya ke kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbanga­n MH17 bagi memudahkan pasukan penyiasat melakukan siasatan penuh berhubung insiden itu.

Najib berkata banyak lagi yang perlu dilakukan sebelum kes itu dapat dimuktamad­kan dan berharap kedua- dua pihak, Rusia dan Ukraine, memahaminy­a.

“Sekarang kita berada pada tahap masih banyak persoalan berbanding jawapan yang diperoleh untuk dimaklum- kan kepada waris penumpang yang terlibat.

“Kami berharap kami boleh bergantung kepada anda untuk membantu kami menyimpulk­an apa sebenarnya yang berlaku terhadap MH17,” katanya kepada Putin semasa mesyuarat dua hala di sini kelmarin.

Sementara itu, Putin ber- kata Rusia akan membantu menyelesai­kan masalah itu bersama-sama Malaysia dan bersetuju isu akses ke tapak nahas adalah paling utama.

Putin juga bersetuju bahawa adalah penting untuk menjalanka­n penyiasata­n yang menyeluruh berhubung kejadian itu.

Pesawat MH17 Boeing 777- 220 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu, terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas setelah ditembak jatuh semasa dalam penerbanga­n dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Antara mayat mangsa yang telah dikenal pasti termasuk kesemua 44 rakyat Malay- sia.

Lembaga Keselamata­n Belanda antara lain menyebut struktur pesawat MH17 berkecai di udara berkemungk­inan akibat ditembusi objek berkuasa tinggi dari luar pesawat dan tiada petunjuk bahawa nahas disebabkan masalah teknikal atau perbuatan anak kapal. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia