Utusan Borneo (Sarawak)

Mitsubishi ASX Edisi Pereka sentuhan istimewa Rizalman

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah bekerjasam­a dengan pereka fesyen terkenal Rizalman ntuk melakar rekaan dan perincian dalaman kereta Mitsubishi ASX Edisi Pereka.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tetsuya Oda berkata, ASX edisi baharu itu menampilka­n rekaan eksklusif bagi penggemar yang inginkan kelainan serta keunikan tersendiri.

“Kerjasama unik di antara MMM dan Rizalman bukan bererti untuk mengubah asas model ASX sedia ada, namun ia bertindak sebagai satu daripada cara menjadikan­nya tambah menarik dan lebih menonjol berbanding pesaingnya.”

“Kenderaan ini menampil- kan kemasan dalaman yang elegan dan tempat duduk kulit berwarna kelabu yang diberi sedikit sentuhan jahitan berwarna kuning,”

“Kami juga amat berbangga kerana ia merupakan kenderaan pertama di Malaysia yang mendapat sentuhan daripada pereka fesyen negara sekali gus menunjukka­n betapa kami ingin memberikan yang terbaik buat pelanngan kami,” katanya.

Sementara itu menurut Rizalman, kerjasama dengan MMM merupakan satu peluang keemasan dan beliau berbangga terpilih sebagai pereka bagi ASX edisi terhad ini.

“Semasa saya dan pasukan bekerja keras menghasilk­an rekaan bagi ASX enam bulan lalu, kami berasakan ASX merupakan sebuah kenderaan yang ‘kacak’,dan saiznya juga tidak terlalu besar.”

Model ASX Edisi Pereka yang terdapat dalam warna kelabu Titanium hanya dikeluarka­n sebanyak 180 unit pada harga bermula RM135,515.30.

Mitsubishi ASX Designer Edition juga menampilka­n ciri-ciri yang lebih eksklusif dengan penggunaan material kulit pada panel pintu dan perehat tangan bersama kekemasan kilauan pada panel pintu dan perehat tangan. Karpet lantai juga ada tertera logo Designer Edition.

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web www. mitsubishi- motors. com.my atau Facebook https:// www. facebook. com/ Mitsubishi­MotorsMala­ysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia