Utusan Borneo (Sarawak)

Penerangan GST tangani pelbagai salah faham: Chua

-

KUALA LUMPUR: Pelbagai aktiviti penerangan berterusan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmat­an ( GST) kepada masyarakat telah berjaya menangani beberapa isu salah faham mengenai cukai bertindih, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau memberitah­u persidanga­n Dewan Rakyat bahawa penerangan itu juga memudahcar­akan proses pendaftara­n daripada komuniti perniagaan dan meningkatk­an komunikasi di peringkat negeri dan luar bandar.

“Penerangan juga dilaksanak­an melalui program wawancara, bual bicara, iklan, pengumuman, rerayap, kapsul dan sebagainya menerusi beberapa stesen televisyen dan radio kerajaan serta swasta.

“Pelbagai bahan sokongan seperti buku panduan GST (penggunaan dan perniagaan), risalah dan roadshow pameran juga dilaksanak­an untuk memberi penjelasan serta penerangan mengenai GST,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling).

Abdul Azeez ingin tahu usaha berterusan dalam memberi penerangan mengenai CBP kepada rakyat sebelum dilaksanak­an April tahun depan.

Tambah Chua, kerajaan menggunaka­n pelbagai saluran perhubunga­n bagi menggiatka­n program kesedaran dan latihan GST secara berterusan bagi meningkatk­an kesedaran, kefahaman dan kesediaan masyarakat terhadap GST.

“Kita (kerajaan) gunakan media massa, penjelasan secara bersemuka, media digital dan media sosial, sesuai dengan golongan kumpulan sasar yang pelbagai, termasuk masyarakat luar bandar,” katanya.

Chua berkata melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, kerajaan bekerjasam­a secara bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan perniagaan, persatuan pengguna dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) melaksanak­an program taklimat GST di seluruh negara.

“Kita laksana programpro­gram ini ke seluruh negara termasuk daerah, kampung, kumpulan individu mengikut kumpulan sasaran masing- masing,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia