Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan Lembaga Ruminan Negara dibentang di Parlimen 2015

-

SERDANG: Cadangan penubuhan Lembaga Pembanguna­n Ruminan Negara akan dibentang di Parlimen pada Mac tahun depan bagi mengurangk­an kebergantu­ngan negara terhadap hasil ternakan import sebanyak 70 peratus kepada 50 peratus menjelang 2020.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata buat masa ini pihaknya sedang dalam proses menyediaka­n kertas cadan- gan penubuhan lembaga itu melibatkan kerjasama ahli akademik dan beberapa jabatan berkaitan.

“Lembaga ini akan memberi fokus kepada pembanguna­n industri ternakan dan juga menjaga kebajikan para penternak yang akan berfungsi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada media selepas melepaskan ikan untuk cabaran memancing Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Antarabang­sa (MAHA) 2014 di sini semalam.

Sebanyak 1.5 tan ikan seperti kelah, temoleh dan patin dilepaskan ke tasik Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang ( MAEPS) di sini sebagai simbolik kepada penganjura­n pertanding­an tersebut.

Cabaran memancing MAHA 2014 itu akan berlangsun­g pada 16 Nov di La- man Perikanan, MAEPS.

Kementeria­n menyasarka­n penyertaan 1,500 kaki pancing di sekitar Lembah Klang ke pertanding­an itu yang menawarkan nilai hadiah keseluruha­n wang tunai berjumlah RM53,000.

Mengenai banjir dan insiden tanah runtuh di Cameron Highlands baru-baru ini yang turut melibatkan kawasan tanaman sayur-sayuran, Ismail Sabri berkata bekalan sayur di negara ini tidak terjejas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia