Utusan Borneo (Sarawak)

UCB bakal jadi universiti wakaf pertama di Malaysia

Khusus untuk anak yatim, pelajar miskin dari luar bandar

-

SETIU: Kolej Universiti Bestari (UCB) di Bandar Permaisuri di sini, bakal menjadi sebuah universiti wakaf pertama di Malaysia khusus untuk anak yatim dan pelajar miskin.

Sehubungan itu, UCB akan menawarkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) mulai tahun depan serta memperkena­l dua fakulti baharu dalam usaha mendapatka­n status sebagai universiti penuh menjelang 2016.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UCB, Prof Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh berkata sebagai permulaan, pengajian peringkat PhD ditawarkan untuk pelajar Pengurusan Perniagaan, Sains Sosial, Teknologi Maklumat dan Pengajian Islam.

“Manakala dua fakulti baharu ialah Pengajian Islam dan Pertanian dan Pengurusan Ladang kerana sumber kewangan menguruska­n UCB datangnya daripada hasil perniagaan dalam perladanga­n kelapa sawit, jadi kita mahu pelajar meneruskan legasi itu,” katanya kepada Bernama semalam.

Sehingga kini, UCB mem-

Kita berikan pendidikan, menanggung makan minum secara percuma sehingga pelajar itu mendapat tajaan untuk pengajian mereka. Dengan sokongan semua pihak, saya yakin UCB bakal menjadi pusat pendidikan terulung yang dapat melahirkan ramai ilmuan dalam kalangan anak yatim dan fakir miskin. Prof Madya Ahmad Suhaily Mohd Salleh

” Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UCB,

punyai kira-kira 1,500 pelajar dengan 70 peratus adalah anak yatim dan pelajar miskin serta pelajar yang tinggal di luar bandar.

UCB yang diuruskan sepenuhnya oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) kini menawarkan 20 kursus peringkat asasi, diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana.

Dengan 150 kakitangan akademik dan 50 kakitangan bahagian pentadbira­n dan sokongan, UCB yang ditubuhkan sejak 1998 semakin mendapat tempat dalam kalangan golongan asnaf dan fakir miskin serta anak yatim untuk melanjutka­n pengajian mereka di situ.

Mengulas lanjut, Ahmad Suhaily berkata UCB juga akan menambah kemudahan asrama untuk menampung antara 2,500 dan 3,000 pelajar dalam satu masa berbanding 1,500 penghuni asrama pada masa ini.

“Ia (kemudahan asrama) antara kriteria yang diperlukan untuk mendapatka­n status sebagai universiti penuh,” katanya.

Beliau berkata baru-baru ini, UCB mendapat kebenaran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk melakukan jualan wakaf bagi 120 hektar tanah miliknya untuk memberi peluang kepada umat Islam berwakaf.

“Harga wakaf ialah RM30 untuk satu kaki persegi dan setakat ini sebanyak 30 peratus sudah berjaya diwakafkan hasil sumbangan orang ramai. Hasil jualan wakaf ini akan kita gunakan untuk membangunk­an UCB agar lebih ramai golongan asnaf yang layak dapat manfaat,” kata Ahmad Suhaily.

Terbaru, UCB menjalin kerjasama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk memberi keutamaan kepada peserta AIM menghantar anak mereka ke kolej universiti berkenaan.

“Kita berikan pendidikan, menanggung makan minum secara percuma sehingga pelajar itu mendapat tajaan untuk pengajian mereka. Dengan sokongan semua pihak, saya yakin UCB bakal menjadi pusat pendidikan terulung yang dapat melahirkan ramai ilmuan dalam kalangan anak yatim dan fakir miskin,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia