Utusan Borneo (Sarawak)

BN P.Pinang kritik pengurusan Perbadanan Bukit Bendera

-

GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang semalam mengkritik pengurusan Perbadanan Bukit Bendera yang didakwa pincang dan kucar-kacir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong Muhamad Farid Saad berkata terdapat kepincanga­n dalam pengurusan perbadanan itu sehinggaka­n kawasan persempada­nan pentadbira­n belum dilaksanak­an.

“Perbadanan Bukit Ben- dera diluluskan pada tahun 2009 oleh kerajaan negeri, namun sehingga kini belum dipastikan sempadan pentadbira­n perbadanan sehingga ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara. Empat tahun mereka tidak tahu sempadan mereka.

“Pengerusi Perbadanan Bukit Bendera ialah Ketua Menteri ( Lim Guan Eng) sendiri dan amatlah menghairan­kan kerana beliau boleh tidak nampak perkara seperti ini,” katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Beliau berkata oleh kerana tiada persempada­nan pentadbira­n, berlaku masalah penceroboh­an tanah yang berterusan oleh individu tidak bertanggun­gjawab di kawasan pelanconga­n itu.

Muhamad Farid berkata kepincanga­n dalam pengurusan Perbadanan Bukit Bendera itu adalah memalukan dan jelas menunjukka­n ketidakcek­apan kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP dalam menangani isu berkenaan.

“Penentuan persempada­nan belum diselesaik­an meskipun sudah empat tahun ditubuhkan dan saya fikir mereka tidak layak untuk memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan persekutua­n untuk pengurusan Bukit Bendera,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal­kan tindakan Perbadanan Bukit Bendera yang mengupah 17 kakitangan kontrak berdasarka­n perkhidmat­an dengan bayaran gaji mengikut gred N41 dan N44, walaupun kesemua mereka hanya berkelulus­an Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau juga mempersoal­kan kepakaran 17 kakitangan itu dan dana awam yang digunakan kerajaan negeri hampir RM600,000 sebulan untuk membayar gaji mereka.

“Gred gaji N41 dan N44 adalah untuk individu berkelulus­an sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu yang diperlukan oleh sesebuah organisasi kerajaan.

“Justeru itu, apakah kepakaran 17 orang ini yang saya difahamkan hanya belajar tahap SPM sahaja? Dana awam digunakan lebih RM600,000 sebulan bagi menggaji mereka ini dan saya minta kerajaan negeri supaya jawab,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia