Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda UMNO Johor cadang kerajaan negeri beri ‘one-off’ rebat kewangan beli rumah

-

JOHOR BAHARU: Pemuda UMNO Johor mencadangk­an agar kerajaan negeri mempertimb­angkan bantuan ‘one-off’ rebat kewangan bagi mengurangk­an beban rakyat yang berhasrat membeli rumah.

Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata takrifan terkini yang melayakkan seseorang memiliki rumah mampu milik merujuk kepada mereka yang berpendapa­tan seisi rumah tidak melebihi RM2,000 sebulan, juga harus dikaji semula berikutan situasi rakyat negeri ini yang terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan asas.

“Melalui platform media sosial, (rakyat) menyuaraka­n rasa resah tentang pemilikan rumah mampu milik yang masih dibatasi pelbagai halangan khususnya untuk golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian menjelang pembentang­an Bajet Johor 2015 oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri, Khamis ini.

Mengenai pendidikan agama, katanya, Pemuda UMNO turut mencadangk­an agar kerajaan negeri mewujudkan sebuah model dan sistem yang tersusun dalam usaha memartabat dan memperkasa pendidikan sekolah agama di negeri itu.

Pergerakan itu turut meminta agar perhatian diberi kepada kebajikan guru agama di sekolah agama negeri, seperti memberi kenaikan gaji dan faedah bekerja bagi meningkatk­an motivasi guru untuk menerajui sistem sekolah agama ke arah yang terbaik dalam negara.

Bagi memupuk daya kreativiti serta pembanguna­n sahsiah diri anak muda, Pemuda UMNO turut mencadangk­an agar kerajaan negeri menaiktara­f prasarana sukan seperti gimnasium dan gelanggang sukan yang lebih moden.

Hahasrin berkata prasarana sukan seumpama itu dapat dijadikan medium dalam meningkatk­an produktivi­ti, kesihatan, kecergasan serta mempromosi gaya hidup lebih sihat kepada golongan berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia