Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN BN persoal kutipan 20 sen dari kempen tanpa beg plastik

-

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang semalam diminta menjelaska­n berhubung kutipan 20 sen beg plastik yang diperoleh daripada pasar raya yang mengambil bahagian dalam kempen Tanpa Beg Plastik.

Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) berkata tidak ada undang- undang yang memperuntu­kkan bahawa kerajaan negeri boleh mengutip wang itu kerana penglibata­n pasar raya dalam kempen berkenaan adalah secara sukarela.

“Dalam soalan bertulis saya ada bertanyaka­n berkenaan kutipan 20 sen beg plastik menerusi kempen Tanpa Beg Plastik.

“Jawapan yang diberikan, setakat ini semua pasar raya kebanyakan­nya telah pun mengambil bahagian dalam kempen ini secara sukarela,” katanya ketika membahaska­n Rang Undang- undang Perbekalan 2015 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Kempen Tanpa Beg Plastik dilancar Ketua Menteri Lim Guan Eng pada 1 Jan 2011.

Ia melibatkan semua pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, restoran nasi kandar dan kedai serbaneka termasuk stesen minyak.

Lim dilaporkan berkata wang yang dikutip itu akan disalur kepada akaun Rakan Anti Kemiskinan di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh kemudianny­a menjelaska­n bahawa kerajaan negeri mempunyai sistem untuk mengutip wang berkenaan seterusnya disalur kepada bendahari kerajaan negeri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia