Utusan Borneo (Sarawak)

Kepulangan Tevez imbau kenangan manis

Dipanggil semula sertai skuad Argentina berdepan Croatia di Upton Park hari ini

-

LONDON, England: Carlos Tevez akan menamatkan ‘ buangan antarabang­sa’ selama tiga tahun dengan suasana yang su- dah biasa diharungin­ya di Upton Park apabila Argentina menentang Croatia pada satu perlawanan persahabat­an

“Ia sangat ketara di mana Lionel bermain dengan sangat baik bersama Higuain

ini.” dan Aguero dan kami lupa bagaimana beliau bermain dengan Tevez sebelum Gerardo Martino Jurulatih Argentina

di stadium milik kelab West Ham United di London hari ini.

Tevez belum bermain untuk Argentina sejak kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti di peringkat suku akhir Copa Amerika 2011 kepada Uruguay, di mana beliau adalah pemain yang gagal menyempurn­akan tendangan penalti itu.

Disisihkan oleh bekas jurulatih Alejandro Sabella, yang melepaskan jawatan selepas membimbing Argentina muncul naib juara Piala Dunia 2014, Tevez dipanggil semula oleh pengganti Sabella, Gerardo Martino.

Kepulangan beliau di Upton Park pastinya mengimbau kenangan manis di mana beliau membantu West Ham mengelak penyingkir­an dari Liga Perdana pada musim 2006/2007.

Tevez menghabisk­an hanya satu musim di Upton Park dan beliau diingati kerana menjaringk­an gol kemenangan di Manchester United pada hari terakhir musim untuk menyelamat­kan West Ham dari tersingkir ke Liga Championsh­ip.

Beliau kemudian menyertai Manchester United dan memenangi dua kejuaraan Liga Perdana dan satu Liga Juara-Juara sebelum menyertai kelab jiran United, Manchester City dan kemudian Juventus.

Bagaimanap­un, kepercayaa­nn Sabel-Sabella di manamana beliau dan Lionel Messi tid-tidak dapat apat bermain d i posisi i yang sama bermakn a kerjaya a antaraab a n gg s a Tevez keliha-kelihatan terhad.rhad

Beliau bagaimanap­un masih menunjukka­n keupayaann­ya dengan menjaringk­an dua gol ketika Juventus membelasah Parma 7-0 Ahad lepas, termasuk satu gol solo cantik dari tengah padang.

Tetapi dengan Messi sudah membina gandingan yang serasi bersama Gonzalo Higuain dan Sergio Aguero sepanjang ketiadaan Tevez, Martino memberi amaran di mana beliau mungkin harus menunggu peluang untuk menambah penampilan 64 kali dan 13 gol antarabang­sa bersama Argentina. “Ia ssangat ketketaraa­r di manmana Lionelonel bermainmai­n dengangan sangat baik bersama H igguain dan AAguerro dan kami lupa babagaiman­aana beliau bermain dengangan Tevez sesebelum ini,” kata bekas jurulatih Barcelona, di mana pasukannya akan berdepan dengan Portugal pada satu lagi perlawanan persahabat­an di Manchester minggu hadapan.

“Saya tidak dapat memberi jaminan di mana beliau akan berada dalam kesebelasa­n utama atau di bangku simpanan tetapi ia akan berlaku dalam beberapa perlawanan di mana Messi dan juga Tevez boleh bermain bersama dalam padang.”

Dengan pemain pertahanan, Marcos Rojo, Ezequiel Garay dan Federico Fernandez tidak dapat dipanggil kerana kecederaan, Martino memanggil Santiago Vergini (Sunderland) dan pemain baharu, Jonathan Silva (Sporting Lisbon) ke dalam skuad.

Argentina bermain tiga perlawanan persahabat­an sejak tewas 0- 1 kepada Jerman di final Piala Dunia 2014, dengan menewaskan Jerman 4-2 di Duesseldor­f pada bulan September sebelum tewas 0-2 kepada Brazil di Beijing dan membelasah Hong Kong 7-0.

Croatia gagal melepasi pusingan pertama di Piala Dunia 2014 tetapi mereka beraksi dengan memberangs­angkan dalam kempen kelayakan Euro 2016 dengan memenangi empat perlawanan pertama menentang Cyprus, Malta, Bulgaria dan Azerbaijan tanpa bolos sebarang gol.

Mereka mendahului Itali dengan kelebihan gol di tangga teratas Kumpulan H dan dengan satu pertemuan menentang Itali di Milan Ahad ini, jurulatihn­ya, Niko Kovac akan menurunkan skuad simpanan menentang Argentina.

Pemain utama seperti Luka Modric, Ivan Rakitic tidak dibawa ke London tetapi Kovac berkata pasukannya tidak akan menjadi pasukan belasahan.

“Saya tidak gentar kepada sesiapa pun,” kata beliau dalam satu komentar menerusi laman sesawang Croatia Week.

“Argentina mewakili satu cabaran kepada pemain kami, untuk melihat bagaimana kami boleh berdepan lawan seperti mereka. Jika ia tidak cukup membangkit­kan semangat pemain, maka mereka selayaknya tidak harus bermain untuk pasukan ini.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERGAMAM: Imbula (dua kiri) diarah meninggalk­an padang apabila Turpin melayangka­n kad merah pada aksi Ligue 1 Perancis di antara PSG dan Marseille di Stadium Parc-des-Princes di Paris pada Ahad lepas.
— Gambar AFP TERGAMAM: Imbula (dua kiri) diarah meninggalk­an padang apabila Turpin melayangka­n kad merah pada aksi Ligue 1 Perancis di antara PSG dan Marseille di Stadium Parc-des-Princes di Paris pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia