Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern pamer aksi yang lebih mantap musim ini: Guardiola

-

BERLIN, Jerman: Jurulatih Bayern Munich, Pep Guardiola, Isnin lepas memuji pasukannya yang masih belum tewas dalam Bundesliga Jerman musim ini dengan berkata anak buahnya bermain dengan lebih baik berbanding tempoh yang sama pada musim lepas.

Guardiola, 43, yang menggantik­an Juup Heynckes pada musim 2013/ 2014, memenangi kejuaraan Bundesliga dengan rekod baki tujuh perlawanan.

Dan Bayern menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan tujuh mata di singahsana liga ekoran kemenangan 4-0 di Eintracht Frankfurt Sabtu lepas, dan sudah mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua Liga Juara- Juara Eropah dengan baki dua perlawanan.

“Keputusan ini menunjukka­n kami berada di landasan yang betul. Kami sentiasa berkembang dan bermain dengan lebih baik berbanding tahun lepas pada tempoh yang sama,” kata beliau, di mana pasukannya kini mengharung­i 17 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an.

Guardiola menambah: “Kami sedikit lebih baik kerana kami bermain dengan lebih baik dan kurang berlari. Pemain sentiasa bersedia dari segi mental.”

Tetapi bekas jurulatih Barcelona itu mengakui pasukannya masih tidak bermain seperti yang beliau mahukan dan masih boleh meningkat lagi.”

Beliau juga mahu mengambil kelebihan rehat antarabang­sa “untuk menganalis­a apa yang telah dilakukan dan ap a yang boleh diperbaiki lagi.”

B a - gaimanapun, dengan 27 dari kemungkina­n 33 mata, Bayern kurang dua mata dari kedudukan yang sama mereka pada tempoh ini musim lepas dan tiga mata dari mata semasa Heynckes membimbing kelab memenangi tiga kejuaraan – Bundesliga, Piala Jerman dan Liga JuaraJuara. —

AFP

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia