Utusan Borneo (Sarawak)

Moyes dilantik bimbing Sociedad

-

MADRID, Sepanyol: David Moyes kembali semula ke bola sepak selepas 10 bulan yang buruk ketika membimbing Manchester United musim lepas apabila menyertai kelab tercorot La Liga Sepanyol, Real Sociedad, menurut kelab dari Basque itu Isnin lepas.

“Real Sociedad sudah mencapai persetujua­n dengan David Moyes untuk membimbing skuad pertama sehingga 30 Jun 2016,” kata Sociedad dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n menerusi laman sesawang rasmi kelab.

“Esok (Selasa), perincian pengenalan rasmi beliau dan kakitangan kejurulati­han akan dimuktamad­kan.”

Moyes dipecat oleh United pada bulan April, kurang dari satu tahun beliau membimbing kelab apabila gagal melayakkan tempat ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 1995.

Beliau menikmati 11 tahun berjaya di Everton sebelum mengisi jawatan di Old Trafford, walaupun belum pernah memenangi sebarang kejuaraan sebagai pengurus.

Dalam 51 perlawanan di Old Trafford, kelab menang 27, seri sembilan dan tewas 15 kali dalam semua pertanding­an.

Sociedad mencari jurulatih baharu sejak memecat Jagoba Arrasate minggu lepas selepas pasukannya hanya menang sekali dari 10 perlawanan pertama liga.

Bagaimanap­un, Sociedad membuktika­n kemampuan mereka apabila mengejutka­n juara bertahan liga, Atletico Madrid 2-1 Ahad lepas untuk keluar dari zon penyingkir­an.

Sociedad mempunyai sejarah melantik jurulatih dari Britain, selepas John Toshack menjadi jurulatih selama tiga musim sementara Chris Coleman hanya bertahan enam bulan pada musim 2007/2008. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia