Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi hambar The Socceroos tidak mencemaska­n Brown

-

SYDNEY, Australia: Penganjur Piala Asia, Australia, tidak gelisah dengan prestasi hambar sebelum kejohanan dan berasa yakin mereka boleh mempamerka­n aksi memberangs­angkan, menurut Ketua Eksekutif Bola Sepak Australia, Michael Brown Selasa lepas.

Australia hanya menang sekali dari 10 perlawanan mereka tahun ini dan ia membangkit­kan kebimbanga­n di Australia di mana naib juara Piala Asia 2011, mungkin gagal menyerlah pada kejohanan yang berlangsun­g dari 9 hingga 31 Januari depan.

Brown berkata ketika tiada keraguan di mana jurulatih Ange Postecoglu dan anak buahnya mempunyai keazaman untuk memenangi kejuaraan dan aksi yang baik sememangny­a memberikan kelebihan, beliau tidak pernah berada dalam kedudukan untuk melihat sebenar kemampuan pasukan.

“Mana-mana acara sukan melibatkan pasukan tuan rumah, memerlukan aksi yang baik, lihat sahaja Piala Dunia di Brazil,” kata beliau ketika memberitah­u Reuters pada majlis pelancaran maskot kejohanan.

“Kami juga tiada bezanya, kami mahu pasukan Australia beraksi dengan baik dan mendapatka­n sokongan penyokong tetapi kami tidak dapat bergantung kepada semua itu.

“Kami berasa yakin akan mempamerka­n aksi yang baik yang akan menggembir­akan semua orang.”

Apa yang pasti, jualan tiket untuk 32 perlawanan meyakinkan, dengan perlawanan pertama berlangsun­g pada 9 Januari di Melbourne apabila Australia menentang Kuwait dalam aksi Kumpulan A.

“Jualan tiket benar-benar memberangs­angkan, kami berada di hadapan dari jangkaan awal,” kata Brown.

“Masih ada banyak tiket perlawanan untuk dijual, kami masih belum habis menjual tiket tetapi perlawanan melibatkan Australia laris terjual.

“Ada banyak jualan untuk (perlawanan) Jepun, China dan Korea. Iraq dan Iran juga menggalakk­an. Jadi kami berasa sangat gembira walaupun kejohanan ini masih lama lagi.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia