Utusan Borneo (Sarawak)

Rashid sedia beri keterangan

-

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih perseorang­an negara, Rashid Sidek bersedia memberi keterangan di hadapan Jawatankua­sa Panel Pendengara­n Persekutua­n Badminton Dunia ( BWF) berhubung kes doping membabitka­n jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Beliau yang masih terkejut dengan berita berkenaan, yakin Chong Wei tidak bersalah kerana pemain nombor satu dunia itu sentiasa berpegang kepada prinsip ‘tiada jalan pintas’ untuk meraih kejayaan dalam sekelip mata.

“Bagi saya, beliau tidak bernasib baik (dalam kes doping ini). Secara ju- jur, dia seorang pemain yang baik dan mempunyai komitmen tinggi (dalam sesi latihan). Dia telah dapat atasi segala rintangan sebelum berada di mana dia sekarang.

“Secara terbuka, saya memang sentiasa memberi sokongan kepada beliau. Saya sudah lama melatih dia selain mengenali karakterny­a yang jujur,” kata Rashid ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad badminton negara di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini semalam.

Dalam pada itu, bekas pemain kebangsaan era 90an itu turut menegaskan, ketiadaan Chong Wei pada sesi latihan skuad negara ketika ini tidak memberi kesan kepada pemain sedia ada terutama barisan skuad pelapis.

“Kita akan teruskan usaha mencari pelapis yang berpotensi bagi menggantik­an tempat beliau. Ada beberapa pemain pelapis yang dilihat menonjol dan mempunyai masa depan cerah.

“Namun, bukan sekelip mata untuk berjaya kerana untuk menjadi seorang pemain hebat, memerlukan jangka masa agak lama. Yang penting sekarang, kita tingkatkan mutu permainan mereka (pemain pelapis) terlebih dahulu,” kata Rashid. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia