Utusan Borneo (Sarawak)

Beliau tidak mahu disamakan dengan bekas penyerang, S Chanturu kini menyertai JDT

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pemain sayap baharu Sarawak, Partiban Janasekara­n berharap peminat tidak menyamakan­nya dengan bekas penyerang, S Chanturu.

Sebaliknya, pemain yang berasal dari Ipoh, Perak itu berikrar untuk mencipta kejayaan bersama Sarawak mengikut kebolehann­ya sendiri muism depan.

“Sarawak sebuah pasukan yang mantap dan saya berasa bertuah kerana dapat bermain di sini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Padang C, di sini semalam.

Katanya, beliau sedar saingan sememangny­a sengit untuk berada dalam kesebelasa­n utama bersama skuad Ngap Sayot yang dibarisi ramai pemain berkualiti dan berpengala­man.

Namun, Partiban berikrar untuk memberikan yang terbaik dan paling penting membantu Sarawak memburu lebih banyak kejayaan pada musim depan.

Pemain itu juga berharap peminat tidak menyamakan beliau dengan bekas pemain sayap Sarawak, Chanturu yang beralih angin menyertai Johor Darul Takzim (JDT) pada musim depan.

Chanturu seorang pemain yang berkualiti dan berpengala­man luas namun keduadua mereka mempunyai corak permainan yang berbeza.

Partiban, 22, boleh bermain di posisi sayap kanan atau kiri kerana mempunyai kemahiran mengelecek dengan baik dan pantas.

Produk Piala Presiden Perak itu diserapkan dalam skuad senior pada tahun ini dan berjaya menjaringk­an satu gol sepanjang kempen Liga Super 2014.

Selain Partiban, Sarawak juga telah mengikat lima pemain import tempatan iaitu Varadhan Arumugam (pertahanan, Selangor), Sabri Sahar (tengah, Sabah), Mohd Nazri Mohd Kamal ( penyerang, Perak), Mohd Iqbal Suhaimi (penjaga gol, Pahang) dan Mahadevan Gangadhera­n (tengah, Perak).

Sementara itu, kelibat dua pemain import asing iaitu Ivan Patic dan Kwon Jun mula mencuri tumpuan pada hari kedua sesi latihan skuad Sarawak di Padang C, Petra Jaya semalam.

Patic berasal dari Montenegro dilihat calon sesuai untuk mengisi slot yang ditinggalk­an Muamer Salibasic dan Hassan el Mohamed.

Beliau mempunyai kawalan bola yang menarik selain sentuhan penyudah yang cukup berbisa.

Manakala pemain yang berasal dari Korea Selatan dan fasih berbahasa Melayu, Kwon turut mempunyai kemahiran serta teknik yang meyakinkan.

Dua lagi penyerang import yang mencuba nasib dalam sesi latihan bersama Sarawak ialah Kevin Amuneke dari Nigeria dan Jose Emilio dari Portugal.

Sesi latihan semalam turut disertai tiga pemain Piala Presiden iaitu Tommy Mawat, Shreen Tambi dan Florian Rison Laes.

Turut diberi peluang dua pemain Piala Sarawak 2014 Samarahan, Mohd Ibrahim Jobli dan Ikhwan Izzat.

Skuad bimbingan Robert Alberts akan mengadakan pertemuan menentang pilihan Miri pada 28 November sebaik selesai sesi latihan di sini pada 27 November ini.

Ini diikuti perlawanan menentang Sabah pada 30 November depan di Kota Kinabalu disusuli sesi bertemu peminat di Limbang selepas itu.

Pasukan Ngap Sayot juga akan berkunjung ke Phuket, Thailand pada 11 hingga 21 Disember depan untuk mengadakan empat perlawanan persahabat­an di sana.

 ??  ?? MASIH DIUJI: Kwon (kiri) dan Ivan pada sesi ujian latihan bersama skuad Sarawak di Padang C semalam. Gambar sisipan Partiban.
MASIH DIUJI: Kwon (kiri) dan Ivan pada sesi ujian latihan bersama skuad Sarawak di Padang C semalam. Gambar sisipan Partiban.
 ??  ?? TAJAAN: Lau (empat kiri) menerima tajaan daripada Ikhwan disaksikan oleh Abdul Hadi (tiga kiri) di Kuching kelmarin.
TAJAAN: Lau (empat kiri) menerima tajaan daripada Ikhwan disaksikan oleh Abdul Hadi (tiga kiri) di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia