Utusan Borneo (Sarawak)

Badminton: Tan, Zulfadli mara ke pusingan kedua

-

KUCHING: Wakil perseorang­an negara, Tan Chun Seang dan Zulfadli Zulkiffli mara ke pusingan kedua Cabaran Badminton Antarabang­sa Maybank selepas menundukka­n lawan masing-masing di Stadium Perpaduan, Petra Jaya semalam.

Tan yang juga pilihan kedua mengenepik­an Loh Kean Yew dari Singapura dengan 2- 1 ( 21- 17, 18- 21, 21-16) dalam pertembung­an yang sengit.

Manakala pilihan ketiga, Zulfadli tidak berdepan masalah mengatasi rakan sepasukan, William Wei dengan 2- 0 ( 21- 7, 21- 7).

Nasib berbeza dialami pemain yang semakin meningkat naik, Zulhelmi Zulkiffli apabila kecundang di tangan Chao Huang dari Singapura dengan 2- 0 ( 21- 16, 21- 16).

Turut terkandas Iskandar Zainuddin yang juga pilihan kelima di tangan wakil Indonesia, Ihsam Maulana Mustofa dengan 2-0 (11-21, 17- 21).

Jurulatih Kebangsaan, Hendrawan tetap yakin dengan kemampuan pemainpema­in negara melangkah ke pusingan seterusnya.

Menurutnya, kejohanan ini merupakan pendedahan terbaik bagi pemain-pemain negara yang bakal beraksi di Macau dan Bagladesh pada bulan depan.

Mengulas lanjut, Hendrawan tidak meletakkan sasaran spesifik namun yakin pemain-pemain seperti Yang Li Lian dan Tan Chun Seang mampu mara lebih jauh pada kejohanan kali ini.

Sementara itu, pemain pilihan pertama Lee Hun Il dari Korea Selatan akan turun menentang N Sulistyo dari Indonesia jam 8 malam ini ( semalam).

Sementara itu, pusingan pertama saingan perseorang­an wanita akan bermula jam 10 pagi ini.

 ??  ?? KENCANG: Tan melakukan ‘smash’ semasa perlawanan menentang Loh Kean Yew. Tan menang 2117, 18-21, 21-16 di Stadium Perpaduan Negeri semalam.
KENCANG: Tan melakukan ‘smash’ semasa perlawanan menentang Loh Kean Yew. Tan menang 2117, 18-21, 21-16 di Stadium Perpaduan Negeri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia