Utusan Borneo (Sarawak)

Isu doping: Bukan masanya tuding jari

-

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menegaskan sekarang bukan masanya untuk menuding jari terhadap mana-mana pihak dalam isu doping melibatkan ikon sukan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Sebaliknya, beliau berkata semua pihak yang terlibat memberi kerjasama dalam mengumpul maklumat bagi pembelaan jaguh badminton negara itu di hadapan Jawatankua­sa Panel Pendengara­n Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) selepas ini.

“Saya tidak tahu nak kata kelalaian siapa sebab sekarang, saya bukan dalam kaedah mencari kesilapan. Saya sebagai menteri dan BAM (Persatuan Badminton Ma- laysia), kami sedang menyediaka­n kes terbaik untuk atlet berkenaan.

“Selepas selesai proses panel pendengara­n, baru kita tengok sekiranya ada kelalaian, kelemahan dan kepincanga­n. Sekarang bukan masanya menyalahka­n sesiapa,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n perjanjian persefaham­an antara Kementeria­n Belia dan Sukan dengan industri-industri di sini kelmarin.

Perjanjian yang membolehka­n pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menjalani latihan berdasarka­n bidang pengajian mereka itu melibatkan syarikat AEON Co (M) Berhad, Samsung SDI Energy, Tune Hotel dan Tan Chong Group.

Sehingga kini, BWF belum mengumumka­n nama pemain badminton negara yang didapati positif dalam sampel B ujian doping pada Jumaat lepas kerana menggunaka­n bahan terlarang jenis ‘dexamethas­one’.

Namun semalam, Chong Wei menerusi laman sosial Facebook miliknya berkata bahawa beliau tidak pernah menggunaka­n bahan terlarang sebagai jalan pintas untuk mencapai pelbagai kejuaraan di dalam mahupun di luar negara.

Pemain nombor satu dunia itu berdepan penggantun­gan selama dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun akan diberi peluang membela diri apabila Jawatankua­sa Panel Pendengara­n BWF melakukan siasatan dalam usaha mengurangk­an hukuman terhadapny­a.

Isu doping yang dikaitkan dengan jaguh badminton negara itu semakin tegang apabila terdapat pihak cuba meletakkan kesalahan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.

Dr Ramlan menerusi laman sosial Facebook miliknya mengeluark­an kenyataan dengan menggesa pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut sehingga Jawatankua­sa Panel Pendengara­n BWF membuat keputusan kes tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia