Utusan Borneo (Sarawak)

Tunku Mahkota penaung PFAM

-

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan dengan pelantikan baginda selaku penaung Persatuan PemainPema­in Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM).

Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata, baginda menyatakan persetujua­n berkenaan ketika rombongan Pfam yang terdiri daripada beliau sendiri bersama dua wakil persatuan itu mengadakan perjumpaan dengan baginda pada Ahad.

Dua wakil tersebut ialah Presiden PFAM, Hairuddin Omar serta Timbalanny­a, Rezal Zambry Yahya yang beraksi bersama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Sesungguhn­ya, kesudian TMJ untuk menjadi Penaung kepada Pfam merupakan satu penghormat­an terbesar kepada Pfam dalam usaha memperjuan­g integriti profesiona­lisme bola sepak tempatan,” Izham dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan media yang dipaparkan dalam laman sesawang Pfam;www. pfam.my.

Izham menjelaska­n, pemilihan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor dibuat memandangk­an baginda begitu profesiona­l dalam membantu pembanguna­n bola sepak negara selain turut arif dalam selok-belok pengurusan sukan itu.

Beliau berkata menerusi pertemuan tersebut, keduadua pihak turut berkongsi aspirasi dan impian yang sama untuk melihat kualiti profesiona­lisme bola sepak Malaysia berada pada tahap yang tertinggi.

Izham menegaskan kebajikan para pemain tempatan yang bernaung di bawah persatuan tersebut akan terus dibela walaupun Tunku Ismail dilantik selaku penaung.

“Jaminannya, selagi mana masih ada bulan dan bintang, PFAM akan terus kekal menjadi milik pemain (tempatan),” kata Izham sambil berterima kasih di atas kesudian baginda untuk menjadi penaung persatuan itu.

PFAM ditubuhkan secara rasmi pada September 2009 berperanan sebagai sebuah persatuan melindungi kebajikan para pemain bola sepak tempatan dari segi kontrak dan gaji. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia