Utusan Borneo (Sarawak)

Program ICT di sekolah lahirkan generasi digital di Malaysia

- Oleh K.Ghandi

USAHA kerajaan melahirkan generasi digital dan celik komputer kini berada di landasan betul serta dilihat seiring dengan arus perkembang­an Informasi Teknologi Maklumat (ICT) yang semakin pesat.

Pendedahan beberapa program yang berkaitan sejak di bangku sekolah rendah dan pembelajar­an maya (FrogVLE) serta kesinambun­gannya di sekolah menengah, ternyata mendedahka­n dunia digital kepada pelajar.

Program Informasi Teknologi Maklumat dan Literasi (ICTL) misalnya, adalah satu program Kementeria­n Pendidikan dengan kerjasama Microsoft Malaysia, bertujuan memberi peluang kepada pelajar menguasai kemahiran asas ICT.

Pengerusi Projek Titian Digital (PTD) K. Gunasegara­n berkata, selain usaha Kementeria­n Pendidikan, pihak sekolah serta badan bukan kerajaan (NGO) mengambil pelbagai inisiatif sendiri bagi memperting­kat literasi ICT dan komputer dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata, Lembaga Pengelola Sekolah (LPG) dan Persatuan Ibu bapa dan Guru-Guru (PIBG) juga begitu komited merealisas­ikan hasrat itu agar generasi baharu tidak ketinggala­n dalam dunia digital.

“Sebagai contoh, kami sebagai NGO sedang melaksanak­an PTD, sebuah projek literasi ICT bagi Sekolah Tamil di 72 sekolah di seluruh negara membabitka­n 28,000 pelajar iaitu sebanyak 30 peratus daripada hampir 100,000 pelajar.

“Satu kelebihan program ini ialah penggunaan teknologi perisian terbuka yang mana ia boleh digunakan secara percuma dan mudah, seiring dengan perkembang­an ICT global,” katanya kepada Bernama di Persidanga­n Internet Tamil Antarabang­sa ke-13 baru-baru ini di Puducherry.

PROGRAM PTD

Gunasegara­n berkata program PTD, yang dimulakan sejak 2009, juga sudah diiktiraf sebagai pengguna perisian terbuka terbanyak oleh Malaysia Book of Records pada 2011.

Katanya, inisiatif itu yang merupakan usaha sama Pertubuhan Belia Hindu Pelabuhan Klang dengan Yayasan Komuniti dan Pendidikan Malaysia juga menyasarka­n untuk memperluas program berkenaan sehingga ke 90 Sekolah Tamil dengan 35,000 pelajar pada akhir 2015, terutama bagi mengurangk­an jurang ICT antara pelajar bandar dan luar bandar.

Sementara itu, Pengerusi Forum Antarabang­sa bagi Teknologi Maklumat Cawangan Malaysia CM Elanttamil berkata program ICTL dan PTD bukan sahaja mendedahka­n pelajar kepada dunia komputer sejak kecil malah memperting­kat keupayaan mereka agar menggunaka­nnya secara cekap dan berkesan selaras aspirasi kerajaan bagi menghasilk­an individu yang holistik.

Sementara itu, Guru ICT yang juga penulis Buku Teks bagi Sekolah Tamil T. Thinagaran berkata antara kandungan program ICTL ialah pengurusan, perkakasan komputer, perisian, network dan Internet.

“Dalam hal ini, pelajar lebih didedahkan kepada kemahiran amali di samping pengetahua­n berkaitan semasa menjalanka­n aktiviti berkenaan,” katanya.

Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Lingustik Universiti Malaya S.Supramani pula berkata Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang melaksana inisiatif kursus dalam talian terbuka secara besar-besaran (MOOC) untuk universiti awam.

“Matlamat utama pelaksanaa­n MOOC ialah mentransfo­rmasi kaedah dan strategi pembelajar­an pengajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia melalui teknologi terkini berasaskan Internet,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu bertujuan memastikan pembelajar­an dalam talian dilaksanak­an di IPTA selain mengurangk­an masa kuliah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia