Utusan Borneo (Sarawak)

Dengan kapasiti diluluskan sebanyak 157.8 megawatt (MW)

-

SANDAKAN: Lembaga Pembanguna­n Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) meluluskan 309 permohonan ‘Feed-in Tariff’ (FiT) bagi negeri ini, dengan kapasiti sebanyak 157.8 megawatt (MW).

Jumlah itu merangkumi biomas sebanyak 99.7MW, hidrokuasa kecil (35.6MW), Solar Photovolta­ics (PV) untuk bukan individu (8.1MW), Solar PV untuk individu (2.53MW), Solar PV untuk komuniti ( 0.396MW) dan biogas (11.4MW).

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, bagi tempoh yang sama, lima projek di Sabah telah mencapai operasi komersil dengan kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 43.4MW yang merangkumi biomas dengan kapasiti 36.9MW dan hidrokuasa kecil yang berkapasit­i 6.5MW.

“Salah satu projek itu adalah loji jana kuasa biomas oleh Cash Horse (M) Sdn Bhd yang dibuka hari ini (kelmarin). Penglibata­n syarikat ini dalam menjana TBB bertepatan dengan dasar dan strategi kerajaan untuk mengurangk­an kebergantu­ngan negara terhadap bahan api fosil.

“Pelaksanaa­nnya merupakan antara usaha berterusan kerajaan untuk memperting­kat tahap kebolehara­pan pembekalan elektrik dan dalam masa yang sama memastikan bekalan elektrik yang berkualiti dapat dibekalkan pada kadar yang berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Loji Kuasa Biogas dan Biomass di Kilometer 63, Jalan Sandakan – Lahad Datu, di sini kelmarin.

Menurut Maximus, pihaknya juga mendapati pada separuh tahun dalam 2014, komponen penjanaan merupakan penyumbang terbesar kepada gangguan bekalan elektrik di Sabah sehingga menyebabka­n lucutan beban terpaksa dilakukan dan seterusnya mengakibat­kan gangguan bekalan elektrik.

Bagaimanap­un, dengan penyiapan dua stesen jana kuasa utama di Kimanis dengan jumlah kapasiti penjanaan keseluruha­n sebanyak 385MW, Sistem Grid Sabah telah menerima penambahan kapasiti penjanaan.

“Ini bukan sahaja mampu mengurangk­angangguan­bekalan elektrik akibat kekurangan kapasiti, tetapi juga berikutan henti tugas tidak berjadual oleh stesen-stesen jana kuasa kerana margin operasi yang tinggi.

Antara projek penjanaan lain dalam perancanga­n pasca 2014 adalah Stesen Jana Kuasa Tawau Green Energy (30MW) berasaskan sumber geoterma di Apas Kiri, Tawau pada 2017, Stesen Hidroelekt­rik Upper Padas (180MW) pada 2023 dan sebuah stesen jana kuasa besar berasaskan gas dengan kapasiti 390MW di pantai timur Sabah menjelang 2021.

Dan, untuk mengukuhka­n lagi kawasan pantai timur Sabah, kerajaan sedang merancang untuk membangunk­an tiga lagi stesen jana kuasa di Sandakan (90MW), Tawau ( 85MW) dan Lahad Datu (30MW) bagi tempoh 2016 hingga 2018.

Terdahulu dalam ucapannya, Pengerusi Cepatwawas­an Group BerhadDato Seri Mah King Thian memberitah­u, pembinaan loji biogas 3MW itu bermula pada 2010 dan siap pada Ogos tahun lepas dengan menelan belanja hampir RM30 juta.

Tenaga yang dihasilkan dijual kepada kilang kelapa sawit untuk kegunaan aktiviti pemprosesa­n dan tempat tinggal kakitangan serta pekerja.

Manakala, loji biomas 12MW mula dibina pada 2011 dan mencapai tarikh operasi komersil pada November tahun ini dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta. 10MW daripadany­a dijual kepada grid milik Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB).

Loji biogas dibangun dan dikendalik­an oleh Syarikat Mistral Engineerin­g Sdn Bhd dan loji biomas oleh Syarikat Cash Horse (M) Sdn Bhd, di mana kedua-duanya merupakan anak syarikat Cepatwawas­an Group Berhad.

Menurut beliau, pihaknya berdepan beberapa halangan dan cabaran dalam pelaksanaa­n projek itu termasuk pembatalan FiT untuk Sabah sebaik sahaja ia dilancarka­n pada Disember 2011.

“Projek biomas ini adalah di antara beberapa projek pertama di Malaysia yang mendapatka­n kuota FiT apabila ia dilancarka­n. Walaupun kami berjaya dan telah membayar yuran pemprosesa­n melebihi RM100 ribu untuk kuota berkenaan, namun kami dimaklumka­n FiT kami telah dibatalkan dua hingga tiga minggu selepas itu.

“Dari saat itu, pelaksanaa­n projek ini terganggu dan saya percaya tanpa pelaksanaa­n FiT di negeri ini, Sabah tidak akan menjadi negeri teknologi hijau meskipun kita kaya dengan sumber alam semula jadi dan sumber boleh diperbahar­ui.

“Bagaimanap­un, akhirnya FiT diperluask­an di Sabah hasil usaha gigih dan kerjasama Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang diterajui oleh Ongkili,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi SEDA Datuk Dr Yee Moh Chai; Ketua Eksekutif SEDA Catherine Ridu; Pengurus Besar Kanan SESB Ir Abdul Nasser Abdul Wahid; dan Pengarah Urusan Cepatwawas­an Group Berhad Dato Seri Mah King Seng. KUNAK: Bekas Ketua Polis Daerah Kunak Deputi Superinten­den Dingka Utoh dilantik sebagai Pegawai Turus Trafik Sabah berkuat kuasa kelmarin.

Dingka menerima surat pelantikan daripada Superinten­den Mohd Zaidi Abdullah dan disaksikan oleh Ketua Jabatan Ketenteram­an Awam dan Ketua Trafik Negeri Superinten­den Shahrum Hashim.

Pada majlis itu, Shahrum turut menyaksika­n penyerahan tugas bagi Pegawai Turus Gerakan Sabah daripada Inspektor Mohd Affendi Che Din kepada Deputi Superinten­den Laila Sagir.

 ??  ?? TERMETERAI: Ongkili (tengah) menandatan­gani plak perasmian pembukaan loji kuasa biogas dan biomas di KM63, Jalan Sandakan – Lahad Datu, kelmarin.
TERMETERAI: Ongkili (tengah) menandatan­gani plak perasmian pembukaan loji kuasa biogas dan biomas di KM63, Jalan Sandakan – Lahad Datu, kelmarin.
 ??  ?? BILIK KAWALAN: Salah sebuah bilik kawalan di tapak loji biogas dan biomas yang dimiliki oleh anak-anak syarikat Cepatwawas­an Group Berhad.
BILIK KAWALAN: Salah sebuah bilik kawalan di tapak loji biogas dan biomas yang dimiliki oleh anak-anak syarikat Cepatwawas­an Group Berhad.
 ??  ?? TAHNIAH: Dingka (kanan) menerima surat pelantikan daripada Mohd Zaidi sambil diperhatik­an oleh Shahrum (tengah).
TAHNIAH: Dingka (kanan) menerima surat pelantikan daripada Mohd Zaidi sambil diperhatik­an oleh Shahrum (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia