Utusan Borneo (Sarawak)

SEDA lulus 309 permohonan FiT untuk Sabah: Ongkili 307 premis diambil tindakan berkaitan ubatan tradisiona­l tidak berdaftar

-

KOTA KINABALU: Bahagian Farmasi, Kementeria­n Kesihatan mengambil tindakan ke atas 307 premis berhubung pelanggara­n peraturan penjualan ubat-ubatan termasuk ubat tradisiona­l sejak tiga tahun lepas.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata tindakan itu adalah hasil pemeriksaa­n ke atas 438 premis terbabit antara tahun 2012 hingga 2014.

“Di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kawalan boleh dibuat melalui penguatkua­saan Undang-Undang Kecil Tamu dengan membenarka­n apa-apa penjualan produk yang terlarang di bawah mana-mana undang-undang negeri mahupun persekutua­n,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Joniston Bangkuai (BN-Kiulu) dalam Persidanga­n Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Menurut Joachim, pihak PBT akan terus bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan untuk memastikan penjualan ubat-ubatan tradisonal tidak berdaftar tidak dijual kepada orang awam.

Katanya penjualan produk ubat-ubatan tradisiona­l tidak berdaftar di kedai, farmasi, tamu atau pasar malam adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 18A Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata kementeria­nnya tidak bercadang untuk membina stadium mini di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tungku dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh RMK-10) sebaliknya akan menaik taraf padang bola sepak di Kampung Talibas di kawasan DUN itu.

Menjawab soalan Datuk Mohd Suhaili Said ( BNTungku), Tawfiq berkata kementeria­nnya akan mencadangk­an kepada kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n supaya memenuhi keperluan prasarana sukan di Tungku dalam RMK-11 yang akan bermula pada tahun 2016.

Dewan juga dimaklumka­n bahawa sebanyak 15 buah kampung, melibatkan 952 buah rumah, telah mendapat bekalan elektrik di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) melalui sambungan kabel dasar laut ke Pulau Sebatik yang menelan kos RM119,664,448.77.

Menjawab soalan Datuk Abdul Muis Picho (BN-Sebatik), Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Ghulam Khan Bahadar berkata semua kampung di Pulau Sebatik telah menikmati bekalan air terawat kecuali kampung-kampung terpencil seperti Kampung Bergosong Kecil, Kg Sg Pukul, Kg Sg Melayu, Kg Pisak-Pisak, Kg Lahat-Lahat, Kg Hj Kuning, Kg Tanah Arang dan Kg Sg Limau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia