Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden China puji usaha diplomasi M’sia

Tangani pertikaian Laut China Selatan menerusi perbincang­an daripada konfrontas­i

-

BEIJING: Presiden China Xi Jinping berkata Malaysia mengadapta­sikan cara terbaik - penuh berdiploma­si untuk menangani isu pertikaian Laut China Selatan yang menekankan kepada perbincang­an daripada berkonfron­tasi atau penglibata­n hubungan kerja antarabang­sa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Presiden Xi mengakui bahawa cara dan pendekatan yang dipilih oleh Malaysia adalah yang terbaik, iaitu secara berdiploma­si dan banyak menekankan perbincang­an daripada memilih untuk berkonfron­tasi atau perhubunga­n antarabang­sa,” katanya.

Bercakap kepada wartawan Malaysia, Najib berkata Xi telah melahirkan penghargaa­n atas usaha yang dilakukan Malaysia berhubung isu itu.

Sebelum itu, pada Isnin, Najib mengadakan mesyuarat dua hala dengan Xi di Great Hall of the People sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi ( AELM) Kerjasama EKonomi Asia Pasifik (APEC) 2014.

Najib berkata Xi juga melahirkan harapan agar Malaysia boleh menawarkan nasihat bagi memerangi eksremisme yang begitu menjadi-jadi di negara ini.

“Apa-apa kerjasama kami boleh berikan, kita boleh bantu supaya negara China stabil dan tidak ada konflik dalaman,” katanya.

Mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbanga­n MH370 yang hilang itu, Najib berharap sentimen negatif rakyat China terhadap Malaysia boleh ditangani melalui kerjasama dengan kerajaan China dalam usaha untuk menarik pelancong China untuk melawat semula Malaysia.

“Xi berkata ini merupakan sesuatu yang akan terjadi, dan berpendapa­t bahawa ini merupakan keadaan yang sementara dan sentimen tersebut boleh dipulihkan dengan hubungan antara pemimpin dan kerajaan yang begitu positif,” kata Najib.

Berhubung pembinaan Xiamen University kampus cawangan Malaysia, Najib berkata China akan memberi pertimbang­an sewajarnya berhubung bantuan kewangan untuk kerja-kerja pembinaan.

Xiamen University, satu daripada universiti terkemuka di China telah membuka cawangan seberang lautnya yang pertama di Malaysia dengan pembinaann­ya bermula 17 Okt dan dijangka memulakan operasi pada Sept 2015.

Najib berkata semasa mesyuarat dua hala itu, presiden China telah melahirkan harapan bagi menjalin kerjasama lebih rapat mengenai pertahanan.

“Diharapkan eksesais rundingan itu akan diadakan tidak lama lagi, mungkin boleh melakukan eksesais dua hala antara China dan Malaysia.

“Dan China bersetuju mengambil bahagian dalam pameran Pameran Udara dan Maritim Antarabang­sa Langkawi ( LIMA) secara besar-besaran,” katanya.

Sementara itu, Najib telah memanjangk­an jemputan kepada Perdana Menteri China Li Keqiang untuk melawat Malaysia tahun depan memandangk­an Li belum lagi melawat Malaysia selepas menjadi perdana menteri China. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ERATKAN HUBUNGAN: Najib bersama Xi ( kanan) ketika bertemu pada majlis resepsi bersama Ketua-Ketua Negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Yanqi Lake di Beijing, semalam.
— Gambar Bernama ERATKAN HUBUNGAN: Najib bersama Xi ( kanan) ketika bertemu pada majlis resepsi bersama Ketua-Ketua Negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Yanqi Lake di Beijing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia