Utusan Borneo (Sarawak)

Audit: Acara FF1M tidak selari dengan konsep 1Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pengisian acara ‘Fabulous Food 1Malaysia’ (FF1M), anjuran Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan didapati tidak seimbang dan selari dengan konsep 1Malaysia serta boleh menyentuh sensitivit­i rakyat berbilang bangsa di negara ini.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 mendedahka­n, FF1M yang diperkenal­kan pada 2009, tidak seimbang dari aspek penglibata­n kaum di Malaysia apabila ia didominasi kaum tertentu selain menu yang dijual tidak mela- mbangkan sajian makanan tempatan.

Laporan yang dibentang di Dewan Rakyat itu juga menyebut terdapat pelbagai jenis makanan dijual termasuk makanan eksotik dan tidak halal, namun gerai yang menjual makanan kategori itu tidak diasingkan dan diletakkan bersebelah­an dengan gerai makanan halal.

“Pada pendapat Audit, Malaysia terdiri dari pelbagai etnik dan agama dan tujuan utama acara adalah untuk menarik pengunjung tanpa mengira latar belakang.

Pengisian acara perlu mengambil kira faktor sensitivit­i agama, etnik yang mencermink­an budaya Malaysia, selain bagi menghormat­i kepelbagai­an agama, ia juga bagi memastikan keharmonia­n antara kaum terjamin,” menurut laporan itu.

Bagaimanap­un, pada 8 Sept lepas kementeria­n mengambil kira sensitivit­i masyarakat dan mengambil inisiatif menetapkan tiga lokasi perniagaan mengikut kaum tertentu.

“Tiga lokasi di Kuala Lumpur dipilih mempromosi­kan makanan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India iaitu Kampung Baru untuk makanan Melayu, Jalan Alor untuk makanan Cina dan Brickfield­s untuk makanan India,” menurut laporan Audit.

Terdapat juga sajian makanan di lokasi tertentu seperti di Taman Johor Jaya dan Jalan Alor, yang dikhususka­n untuk pelancong bukan Islam dan kebanyakan penjaja adalah berbangsa Cina.

Makanan tidak halal juga telah dilabel dengan baik dan tiada sebarang aduan diterima daripada pengunjung.

Selain itu laporan itu secara keseluruha­n memaklumka­n pengendali­an acara oleh kementeria­n telah berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dan menarik pelancong terutamany­a pelancong tempatan.

KPI yang ditetapkan bagi acara adalah berdasarka­n bilangan pengunjung yang hadir dan impak ekonomi yang diperoleh daripada pelaksanaa­n acara.

“Secara umumnya didapati pencapaian KPI bagi acara Malaysia Internatio­nal Shoe Festival, Fabulous Food 1Malaysia, Magic Of The Night, Citrawarna 1Malaysia (Colours of 1Malaysia) dan Pesta Air Labuan telah memenuhi sasaran yang ditetapkan dengan peratusan kedatangan pengunjung antara 100 peratus hingga 1,905 peratus,” kata laporan itu.

Selain itu acara Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) juga dilaporkan mencapai KPI iaitu 520,000 pengunjung berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 390,000 pengunjung.

“Bagi pencapaian KPI program Minggu Budaya Malaysia London (MBBL), iaitu acara kebudayaan Malaysia di luar negara pula, pencapaian sebenar pengunjung adalah 671,376 orang berbanding sasaran iaitu sebanyak 470,000 orang,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia