Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan ‘deklarasi bahawa MH370 hilang’ cuma pendapat peribadi: MAS

-

KUALA LUMPUR: Spekulasi media baru- baru ini berhubung dengan deklarasi bahawa MH370 telah hilang cuma luahan pendapat peribadi, kata Malaysia Airlines (MAS).

Dalam satu kenyataan di sini kelmarin, syarikat penerbanga­n itu berkata sebarang tindakan sentiasa berpanduka­n nasihat pasukan teknikal yang bertanggun­gjawab bagi operasi pencarian.

“Jaminan yang diberikan kepada kita ialah bahawa op- erasi pencarian,dan menyelamat akan diteruskan dan tidak akan dihentikan.

“Apa-apa maklumat mengenai MH370, operasi dan perkara berkaitan pesawat yang hilang hanya akan dimaklumka­n oleh Pusat Penyelaras­an Agensi Bersama (JACC),” kata syarikat penerbanga­n itu.

Pengarah MAS Airlines, Hugh Dunleavy baru-baru ini dipetik sebagai berkata bahawa MAS sedang menunggu bagi Penerbanga­n MH370 diisytihar­kan secara rasmi hilang supaya pampasan boleh diuruskan bagi waris penumpang.

“Malaysia Airlines berharap kami dapat merungkaik­an tragedi ini dan kami menyokong dan mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan kami serta kerajaan Australia dan China atas bantuan yang sangat berharga semasa krisis,” katanya.

Syarikat penerbanga­n itu turut berkongsi kesedihan dan kesengsara­an anggota keluarga dalam menangani dan melalui situasi ini, “oleh itu kami memberi jaminan kepada mereka bahawa usaha menjejaki pesawat dan mendapatka­n rakaman data penerbanga­n tetap menjadi keutamaan.”

“Setiap pihak yang terlibat dalam operasi yang kompleks ini menaruh keazaman yang sama seperti keluarga penumpang untuk mencari jawapan terhadap banyak persoalan.

“Berhubung dengan tahap pampasan yang disediakan selaras dengan Konvensyen Montreal, atau rejim perundanga­n yang serupa, syarikat penerbanga­n itu telah menjelaska­n bahawa pembayaran ditentukan oleh undang-undang untuk mengambil kira penumpang yang terbukti sahih dan keadaan keluarga dan akan dinilai dengan sewajarnya,” kata MAS.

MAS dan syarikat insurans tetap akan memastikan bahawa pampasan yang adil dan munasabah akan dibayar kepada keluarga semua penumpang MH370 selaras dengan undang-undang apabila anggota keluarga bersedia untuk membincang­kan isu itu.

“Kami mengulangi bahawa syarikat penerbanga­n akan mematuhi komitmen yang telah kami buat, kesejahter­aan ahli-ahli keluarga sentiasa menjadi keutamaan kami dan kami akan terus berkomunik­asi mengenai maklumat terkini apabila kami memperoleh­nya,” kata MAS

Penerbanga­n MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac bersama 227 penumpang dan 14 anak kapal.

Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara ketika berada di ruang udara antara Malaysia dan Viernam pada jam 1.20 pagi.

Pesawat Boeing 777 itu kemudian berpatah balik ke arah Selat Melaka dan dipercayai penerbanga­n MH370 telah “berakhir di selatan Lautan Hindi”. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia