Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya dilaknat: Mufti Pahang

-

KUANTAN: Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya perempuan menyerupai lelaki merupakan perbuatan dilaknat Allah yang jelas menunjukka­n perkara itu haram dalam Islam, kata Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman.

“Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalk­an sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.

“Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada Allah, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengubah hukum Allah ertinya tidak memperakui peraturan Allah,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Melainkan, katanya, golongan ‘khunsa muskhil’ yang dilahirkan dalam keadan dua sifat lelaki dan wanita yang boleh dinasihatk­an berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong supaya semua majlis agama Islam di negeri-negeri bersama-sama untuk mencelah dalam rayuan kerajaan Negeri Sembilan di Mahkamah Persekutua­n berhubung keputusan Mahkamah Rayuan bahawa undang-undang jenayah syariah Negeri Sembilan yang memperuntu­kkan hukuman terhadap golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, melanggar Perlembaga­an Persekutua­n.

Pada Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytih­arkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembaga­an.

Panel tiga hakim mahkamah itu yang dipengerus­ikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarka­n rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia