Utusan Borneo (Sarawak)

SPAD komited atasi masalah parkir lori dan bas: Nancy

-

KUALA LUMPUR: Setiap permohonan untuk mendapatka­n permit kenderaan barangan perlu disertakan dengan cadangan kawasan parkir untuk mendapat kelulusan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata syarat itu bagi mengelakka­n kenderaan barangan iaitu lori, serta bas diletakkan di kawasan yang tidak sepat- utnya, khususnya di kawasankaw­asan perumahan.

Di pihak SPAD, katanya suruhanjay­a itu sentiasa berbincang dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mewujudkan kawasan parkir atau terminal sementara bagi kenderaan-kenderaan tersebut.

“Kawasan parkir ini tertakluk kepada tanggungja­wab PBT. Sebab itu SPAD bincang dengan mereka untuk minta kawasan yang sesuai.

“Kita sedar agak sukar bila melibatkan kawasan perumahan sebab ada penduduk yang tidak akan setuju.

“Di sinilah penguatkua­saan perlu dilaksanak­an dengan efektif,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 peringkat jawatankua­sa di Persidanga­n Dewan Rakyat kelmarin.

Nancy berkata di bawah Unit Penggantun­gan dan Penarikan Lesan SPAD yang ditubuhkan awal tahun ini, syarikat pengendali atau individu yang berulang kali melanggar syarat berdepan tindakan termasuk penarikan semula lesen.

Terdahulu pada sesi perbahasan, Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) membangkit­kan masalah lori dan bas yang sering diparkir di kawasan-kawasan perumahan sehingga menimbulka­n rasa kurang selesa di kalangan penduduk. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia