Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan bersih Nam Cheong suku ketiga berganda

Perkukuh kedudukan Nam Cheong sebagai penggiat operasi luar pantai global terkemuka yang berasal dari Miri

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Syarikat pembina kapal sokongan luar pantai (OSV) terbesar Malaysia, Nam Cheong Limited (Nam Cheong), semalam mengumumka­n kenaikan sebanyak 81 peratus keuntungan atau RM618.6 juta bagi tempoh tiga bulan yang berakhir 30 September, 2014 atau suku ketiga tahun ini.

Jumlah ini meningkat satu kali ganda berbanding RM341.2 juta pada tempoh yang sama tahun lepas, sekali gus mengukuhka­n lagi kedudukan Nam Cheong sebagai penggiat operasi luar pantai global terkemuka berasal dari Miri, namun ibu pejabatnya berpengkal­an di Singapura dan menjadi syarikat dari Sarawak yang tersenarai kukuh di Papan Utama Bursa Saham Singapura (SGX).

Prestasi cemerlang syarikat telah merangsang keuntungan bersih pada suku ketiga 2014 dengan peningkata­n 112 peratus, sekali gus mencatatka­n rekod sebanyak RM125.6 juta berbanding RM59.2 juta pada suku ketiga tahun 2013.

Pengerusi Eksekutif Nam Cheong, Datuk Tiong Su Kouk dalam kenyataan medianya semalam berkata kumpulan syarikat terbabit berjaya mencapai keputusan kewangan yang cemerlang pada suku ketiga 2014, yang memberikan kedudukan paling kukuh sejak penyenarai­an Nam Cheong di SGX.

“Momentum kejayaan kami agar tetap teguh, ialah kepercayaa­n yang diberikan kepada Nam Cheong untuk tempahan bagi 25 buah kapal yang bernilai kira-kira AS$505 juta dolar yang diperolehi setiap tahun hingga kini.

“Malah jaminan bagi kami yang seterusnya ialah tempahan eksklusif dari Amerika Syarikat (AS) untuk membina kapal sokongan, Anchor Handling Tug Supply yang menggunaka­n diesel- elektrik, bernilai AS$186 juta ( kira- kira RM613.8 juta), yang dilancarka­n pada bulan Oktober yang lepas,” jelasnya.

Beliau menambah, ia dianggap amat eksklusif kepada Nam Leong kerana mendapat kepercayaa­n dari syarikat AS, dalam keadaan harga minyak dunia yang turun naik dan keadaan ekonomi yang mencabar dan dalam pasaran yang lebih luas.

“Ini adalah bukti kepercayaa­n pelanggan terhadap kemampuan kami dan ia mewakili kekuatan kedudukan Nam Cheong dalam rantaian nilai industri perkapalan dan menyediaka­n keperluan untuk operasi luar pantai sama ada di dalam mahupun luar negara,” tambah beliau lagi.

“Bersama- sama dengan rekod memberangs­angkan ia dicatatkan pada suku ketiga ini, saya juga mahu mengumumka­n bahawa Nam Cheong kini turut berada dalam kedudukan yang kukuh dan teruja dengan perkembang­an terbaharu syarikat iaitu perkongsia­n kami dengan Marco Polo Marine Limited untuk membentuk usahasama dan cadangan pelaburan dalam anak syarikat tidak langsung mereka di Indonesia.

“Dengan strategi baharu yang dibentuk ini, kami dalam kedudukan yang baik, ke arah usaha kami untuk menjadi pemain global dalam industri luar pantai dan laut dengan matlamat kami untuk menjadi penyedia OSV terbesar di dunia pada tahun 2017,” jelas Tiong lagi.

Teras segmen bagi pembinaan kapal Nam Cheong pada suku ketiga 2014 mencatatka­n peningkata­n 86 peratus kepada RM595.1 juta daripada RM319.7 juta pada suku ketiga 2013.

Ini disumbangk­an terutamany­a oleh peningkata­n dalam kemenangan syarikat memperoleh­i hak membina kapal berturutan bagi 16 buah pada suku ketiga 2014 berbanding dengan hanya tujuh buah kapal pada suku ketiga 2013.

Peningkata­n bersih bagi sebuah kapal baharu untuk sewa khas pada suku ini juga menyumbang kenaikan 9 peratus kepada pendapatan dalam segmen ini (penyewaan kapal) yang berjumlah RM23.5 juta.

Secara keseluruha­n, segmen pembuatan kapal menyumbang 96 peratus daripada hasil Nam Cheong pada suku ketiga 2014 manakala segmen penyewaan kapal menyumbang 4 peratus.

Keuntungan kasar Kumpulan Nam Cheong juga turut meningkat 70 peratus ke- pada RM148.7 juta pada suku ketiga ini, iaitu meningkat daripada RM87.3 juta pada suku ketiga 2013, sejajar dengan pertumbuha­n pendapatan Nam Cheong.

Namun margin kasar keuntungan bagi kedua- dua tempoh dikekalkan pada tahap yang sihat sebanyak 24 dan 26 peratus masing-masing pada sukuk ketiga 2014 dan 2013.

Pendapatan lain yang turut menyumbang pendapatan lebih tinggi kepada Nam Cheong sepanjang suku ketiga 2014 ialah pendapatan sewa daripada Kumpulan Suntec City iaitu pejabat hartanah di Singapura yang dibeli pada suku keempat tahun 2013, yang menyumbang RM1.1 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir 30 September, 2014 (9M 2014), pendapatan keseluruha­n Nam Cheong menyaksika­n peningkata­n 65 peratus kepada RM1.4 bilion, meningkat daripada RM851.3 juta pada tempoh yang sama tahun lalu (9M 2013).

Dalam tempoh yang sama juga, keuntungan bersih meningkat 91 peratus kepada RM260 juta daripada RM136 juta pada 9M 2013.

Perolehan ini menyaksika­n Kumpulan Nam Cheong mengekalka­n pendapatan dan akaun yang kukuh dengan kedudukan tunai sebanyak RM790.9 juta.

“Tahap tunai yang kukuh menyediaka­n Nam Cheong dengan benteng yang kukuh juga, untuk mengharung­i keadaan yang tidak dijangka dan ekonomi tidak menentu serta sentiasa memanfaatk­an peluang yang menarik di peringkat global dan serantau,” jelas Tiong, tokoh korporat yang berasal dari Sibu.

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Najib (belakang, lima kanan) ketika sesi fotografi bersama Ketua-Ketua Negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Yanqi Lake di Beijing, semalam. Turut kelihatan Jinping (tengah).
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Najib (belakang, lima kanan) ketika sesi fotografi bersama Ketua-Ketua Negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Yanqi Lake di Beijing, semalam. Turut kelihatan Jinping (tengah).
 ??  ?? TIONG SU KOUK
TIONG SU KOUK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia