Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen PB FD Xtra dilanjutka­n sehingga 28 Februari 2015

-

KUCHING: Public Bank (PB) Berhad dan Public Islamic Bank Berhad (PIBB) telah menyemak kadar faedah serta keuntungan promosi bagi Kempen PB FD Xtra sehingga 4.28 peratus setahun mulai 27 Oktober 2014.

Menurut kenyataann­ya semalam, tempoh kempen terbabit telah dilanjutka­n sehingga 28 Februari 2015 dari 31 Disember 2014 yang lalu.

Kempen terbuka kepada semua pelanggan individu dan bukan individu PBB atau PIBB yang baharu dan sedia ada.

Pelanggan-pelanggan perlu membuat peletakan deposit tetap selama enam bulan ke dalam Deposit Tetap PLUS [ PLUS FD] atau Deposit Bertempoh-i [DB-i] semasa tempoh kempen berlangsun­g untuk mendapatka­n kadar faedah serta keuntungan yang lebih tinggi.

DT PLUS adalah akaun Deposit Tetap Konvension­al manakala DB-i adalah Deposit Bertempoh Islam yang memberi pelanggan fleksibili­ti untuk mengendali­kan dana mereka untuk peletakan jangka pendek atau jangka panjang.

Pelanggan-pelanggan akan menikmati kadar faedah serta keuntungan promosi sehingga 3.83 peratus setahun untuk tempoh enam bulan pertama.

Sekiranya mereka membuat pembaharua­n bagi peletakan untuk tempoh enam bulan lagi, mereka akan menikmati kadar faedah atau keuntungan yang lebih tinggi sehingga 4.28 peratus setahun.

Pelanggan individu hanya perlu meletakkan deposit minimum sebanyak RM20,000 untuk mengambil bahagian dalam kempen ini, tertakluk pada peletakan maksimum sebanyak RM10 juta.

Amaun peletakan minimum dan maksimum yang lebih tinggi masing-masing sebanyak RM50,000 dan RM20 juta adalah untuk pelanggan bukan individu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen, pelanggan dipelawa untuk bertemu dengan wakil perkhidmat­an pelanggan PB di mana-mana cawangan PB, atau layari laman web, PBB / PIBB di www. pbebank. com/.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia