Utusan Borneo (Sarawak)

Najib sertai pemimpin APEC pada sesi pemukiman

-

BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri Mesyuarat Pemimpin ( AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) semalam menyertai sesi pemukiman di Yangi Lake.

Sesi semalam bermula dengan Presiden China Xi Jinping meraikan para pemimpin, diikuti sesi bergambar.

Kesemua pemimpin 21 ekonomi APEC, termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin, menghadiri pemukiman itu yang dipengerus­ikan Xi.

Pada Isnin, Najib yang diiringi Duta Khas Malaysia ke China, Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainudin dan para pegawai kanan Kerajaan Malaysia, mengadakan siri perbincang­an dua hala.

Mesyuarat dua hala itu, antara lain bertujuan memperkuku­h hubungan dengan China dan Rusia selain men- eroka idea baharu dan inovatif bagi meningkatk­an lagi kerjasama sesama ekonomi Apec.

Najib yang juga Menteri Kewangan mengadakan pertemuan berasingan dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbira­n Khas Hong Kong, C Y Leung dan Perdana Menteri China Li Keqiang.

Bersama China, Perdana Menteri berpuas hati terhadap pemeteraia­n memorandum presefaham­an (MoU) antara People’s Bank of China dan Bank Negara Malaysia, yang akan memperkuku­h hubungan ekonomi dan kewangan.

Bagi Xi, Malaysia merupakan rakan mesra dan dan boleh diharap, dan bagi merealisas­ikan hubungan yang lebih kukuh dan bermakna, Xi menggesa kebijaksan­aan dan semangat politik ditingkatk­an.

Pada tengah hari, Najib turut menemui dua ketua kerajaan, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri New Zealand John Key.

Pada sesi pemukiman hari ini, pemimpin antara lain dijangka menumpukan perhatian kepada langkah akan datang bagi meningkatk­an penyepadua­n ekonomi serantau, menggalakk­an pembaharua­n ekonomi dan pembanguna­nn inovatif selain mengukuhka­n pelaburan infrastruk­tur dan perhubunga­n yang lebih komprehens­if.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menyertai wanita pertama lain melawat Summer Palace.

Rosmah juga dijadual menemui isteri Xi, Peng Liyuan.

Wanita- wanita Pertama itu kemudianny­a berjalan ke Renshou Hall dan menaiki bot di Jeti Wenchang di Tasik KunMing.

Mereka kemudianny­a akan berlepas ke Dehe Palace untuk menonton pertunjuka­n kebudayaan, berjalan ke Long Ailse (sejauh 120 meter) dan menaiki kenderaan untuk ke PaiYun palace.

Pada sebelah petang, mereka akan berlepas ke Summer palace untuk hidangan tengah hari di AMAN Guest House. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia