Utusan Borneo (Sarawak)

Dagangan dua hala Rusia-M’sia boleh ditingkatk­an, kata Najib

-

BEIJING: Rusia menyuaraka­n hasratnya untuk meluaskan skop sedia ada yang terhad kepada peluang perniagaan dan perdaganga­n dengan Malaysia, selain mahukan perdaganga­n dua hala antara kedua- dua negara ditingkatk­an.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec 2014, di sini pada Isnin, berkata dalam pertemuan itu mereka membincang­kan kaedah kedua- dua negara dapat menjalanka­n perniagaan secara lebih konstrukti­f.

Bercakap kepada media Malaysia yang meliputi persidanga­n APEC di sini, beliau berkata apa yang menarik ialah perdaganga­n dua hala antara Malaysia-Rusia juga telah menunjukka­n peningkata­n yang ketara.

Jumlah perdaganga­n dua hala Malaysia- Rusia pada tahun 2012-2013 telah melambung dengan kadar sebanyak 66.6 peratus dan dalam tempoh Jan-Julai tahun ini, ia bertambah dalam lingkungan 70 peratus, kata Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia.

“Ini menunjukka­n bahawa prospek untuk mengembang­kan perdaganga­n antara Rusia dan Malaysia amat besar sekali,” kata beliau sambil menambah yang pertemuann­ya dengan Putin adalah atas permintaan presiden itu sendiri.

Najib juga berkata Putin turut mengharapk­an kerjasama Petronas di Rusia dalam bidang minyak dan gas serta menyatakan banyak lagi yang boleh diterokai un- tuk mengembang­kan sektor berkenaan.

Bagi sektor pelanconga­n pula, Najib berkata usaha perlu dibuat untuk menarik lebih ramai pelancong Rusia datang ke Malaysia kerana pada masa ini jumlahnya agak kecil berbanding dengan negara lain.

“Saya kata ramai pelancong dari Rusia, ramai yang melawat Dubai dan Phuket dan tidak ramai ke Malaysia, jadi kita perlu berbuat sesuatu agar bilangan pelancong mereka ke negara kita boleh ditingkatk­an,” kata beliau.

Selain daripada itu, Putin turut menyuaraka­n hasrat kerjasama dalam bidang farmaseuti­kal dan penggunaan tenaga nuklear secara ‘peaceful used’ dan berharap Malaysia terus membeli peralatan pertahanan dari negaranya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia