Utusan Borneo (Sarawak)

PM: Rundingan pusingan terakhir TPP dapat dilaksana awal tahun depan

-

BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pada prinsipnya, kesemua 12 negara yang terlibat dalam Perkongsia­n TransPasif­ik (TPP) bersetuju agar rundingan pusingan terakhir dapat dilaksanak­an pada awal tahun depan.

Para pemimpin dari 12 negara yang terlibat dalam rundingan TPP yang mengadakan mesyuarat di luar acara Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) semalam, bahawa ia juga bergantung kepada beberapa perkara.

Mesyuarat itu telah dipengerus­ikan oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

“Saya sebutkan kepada mereka yang kita mempunyai beberapa bidang yang begitu sensitif dan dekat dengan dasar kita terutamany­a dasar dalaman.

“Ini terutama sekali dalam soal agenda Bumiputera, syarikat milik kerajaan dan gara TPP memberi memberi kelonggara­n untuk membolehka­n kehendak Malaysia diambil kira,” kata Najib kepada media Malaysia di sini.

Negara yang berunding dalam TPP ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Perdana Menteri berkata, sekiranya ini dapat dilakukan, mungkin apa yang Malaysia tuntut selama ini iaitu dapat dicapai.

“Tempoh agak begitu ketat tetapi kita cuba, kalau tak dapat, kita tengoklah perkembang­an selanjutny­a.

“Saya menjangkak­an rundingan ini akan begitu menekankan rundingan yang intensif yang perlu dilakukan dalam beberapa bulan akan datang ini,” katanya.

Najib berkata Malaysia komited terhadap apa yang akan dilakukan perlu mendapat kelulusan daripada Dewan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia