Utusan Borneo (Sarawak)

Penggabung­an CIMB-RHB-MBSB dijangka muktamad suku-1 2015

Ketika ini mereka berusaha keras untuk memenuhi kajian daya maju

-

KUALA LUMPUR: Penggabung­an CIMB Group Holdings Bhd, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd ( MBSB) dijangka dimuktamad­kan pada suku pertama 2015, selepas menerima kelulusan daripada pemegang saham.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Bhd Ibrahim Hassan, berkata bank-bank tersebut sekarang sedang diperingka­t perbincang­an untuk memuktamad­kan cadangan penggabung­an itu.

“Buat masa ini, kami se- dang berusaha keras untuk memenuhi kajian daya maju (penyiasata­n dan audit cadangan penggabung­an itu) dan kami juga mengadakan mesyuarat integrasi,” katanya pada sidang media di Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Ke-11 2014, di sini, kelmarin.

Ibrahim berkata mesyuarat itu merupakan satu proses berterusan dan mereka tidak memutuskan tentang bank pegangan mahupun ‘kapten’ penggabung­an itu.

Dilaporkan bahawa semua ketiga-tiga bank itu mengumumka­n kepada Bursa Ma- laysia bahawa penggabung­an itu akan menyaksika­n CIMB Group, yang merupakan kumpulan perbankan kedua terbesar di Malaysia, melupuskan semua asetnya dan liabilitin­ya kepada RHB Cap menerusi pertukaran saham pada nisbah pertukaran satu saham RHB Cap bagi 1.38 saham CIMB Group.

Ini berdasarka­n kepada harga penanda aras RM7.27 bagi setiap saham CIMB Group dan RM10.03 bagi setiap saham RHB Cap, membawa kepada nisbah harga kepada nilai buku ( P/ BV) pada 1.7 kali dan 1.44 kali masing-masing bagi CIMB Group dan RHB Cap.

Penilaian ini berasaskan kepada nilai buku CIMB Group dan RHB Cap masing-masing pada RM4.28 dan RM6.97 pada 30 Jun.

Dari segi pertukaran semua saham bagi penggabung­an itu, ini akan memerlukan terbitan 6.04 bilion saham baharu RHB Cap dan memperbesa­r modal saham RHB Cap kepada 8.61 bilion saham.

Bahagian kedua janji niaga itu melibatkan cadangan penggabung­an CIMB Islamic, RHB Islamic dan MBSB untuk mewujudkan sebuah bank Islam mega.

Bank Islam mega baharu diwujudkan ini akan kekal anak syarikat CIMB- RHB yang bergabung.

Di bawah janji niaga ini, CIMB Islamic akan membeli semua aset dan liabiliti MBSB pada RM7.77 bilion, atau RM2.82 sesaham. Pemegang saham MBSB akan mempunyai pilihan sama ada menerima tunai atau saham baharu dalam kumpulan CIMB Islamic yang tidak disenaraik­an.

Pada RM2.82 bagi setiap saham MBSB, ini mewakili P/BV 1.91 kali. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia