Utusan Borneo (Sarawak)

Keyakinan pengguna Malaysia meningkat suku ketiga: Nielsen

-

KUALA LUMPUR: Indeks pengguna Malaysia naik enam mata kepada 99 dalam suku ketiga tahun ini, demikian menurut Kajian Keyakinan Penggguna dan Tujuan Perbelanja­an Global Nieslsen yang terkini.

Nielsen berkata Malaysia kini di tangga ke- 18 sebagai negara paling yakin di peringkat global manakala keyakinan pengguna global kekal stabil pada 98 mata berbanding 97 mata dalam suku terdahulu.

Kajian melibatkan 30,000 responden dengan akses Internet di 60 negara. Paras keyakinan pengguna di atas dan di bawah garis dasar 100 masing-masing menunjukka­n darjah optimisme dan pesimisme.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengurus Negara Nielsen Malaysia Richard Hall berkata tragedi penerbanga­n dan kelembapan ekonomi global mendorong sikap positif dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kami lihat pengguna kini kembali memberi penumpuan kepada isu- isu keluarga dan kurang bimbang tentang masa depan ekonomi negara serta kewangan peribadi mereka.

“Walaupun ini trend positif, pengguna Malaysia terus berwaspada dalam tabiat berbelanja sekarang dan masa depan serta sentiasa mengambil kira keadaan ekonomi global yang rapuh,” katanya.

Antara penemuan utama kajian ialah kebimbanga­n rakyat Malaysia terhadap peningkata­n harga makanan dan jaminan pekerjaan menurun sedikit berbanding suku terdahulu.

“Kira-kira 33 peratus rakyat Malaysia menyatakan ekonomi sebagai kebimbanga­n utama mereka (jatuh empat mata), 19 peratus bimbang en- gan kenaikan harga makanan (jatuh dua mata), manakala 17 peratus risau tentang kerja/ keseimbang­an hidup (turun satu mata),” demikian menurut kajian itu.

Kaji selidik Nielsen turut menunjukka­n empat daripada lima (79 peratus berbanding 65 peratus di peringkat dunia) pengguna Malaysia mengubah tabiat berbelanja mereka sejak tahun lalu bagi meningkatk­an simpanan isi rumah.

Menurut kaji selidik itu pengguna Malaysia akan terus mengurangk­an perbelanja­an isi rumah sekalipun ketika keadaan ekonomi bertambah baik, bagi meningkatk­an simpanan.

Di rantau, pengguna Indonesia muncul yang kedua paling yakin di peringkat global dengan skor meningkat dua mata kepada 125, Filipinan (115), Thailand (113), Singapura (103) dan Vietnam (102). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia