Utusan Borneo (Sarawak)

Bahagian analisis cukai, LHDN disaran percepat proses kelulusan ejen cukai

-

KUALA LUMPUR: Bagi memperting­katkan tahap pengurusan permohonan kelulusan ejen cukai, Ketua Audit Negara mencadangk­an Bahagian Analisis Cukai ( BAC) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) supaya mempercepa­tkan proses kelulusan, pematuhan syarat kelulusan, penyeragam­an urusan temu duga dan permatuhan mesyuarat Jawatankua­sa Ejen Cukai (JKEC).

Ia bagi menjadikan sistem penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan teratur dan tahap perkhidmat­an ejen cukai terhadap pelanggan-pelanggan meningkat.

Selain itu, BAC dan LHDN juga perlu menyusun strategi bagi memperting­katkan pemantauan dan perguatkua­saan terhadap ejen cukai tidak sah dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

“Strategi dan kaedah yang sesuai boleh diwujudkan bagi mendapatka­n maklumat tentang kegiatan ejen cukai tidah sah supaya penguatkua­saan yang berkesan dapat dilaksanak­an,” demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri Tiga.

Ketua Audit Negara turut mengesyork­an LHDN mengemas kini statistik dan senarai ejen cukai mengikut tempoh yang ditetapkan supaya bilangan dan senarai ejen cukai pada sesuatu tempoh dapat diketahui dengan tepat.

“Selanjutny­a senarai ejen cukai yang kemas kini sahaja dipaparkan di laman sesawang LHDN,” kata laporan tersebut.

Di samping itu, Sistem Maklumat Pengurusan Cukai ( SMPC) di BAC dan Sistem Daftar Ejen Cukai di LHDN disepaduka­n supaya maklumat yang tepat dapat diperoleh daripada sistem dengan cepat.

Menurut laporan itu juga, LHDN dan BAC perlu mengemas kini peraturan dan prosedur berkaitan ejen cukai supaya pengurusan ejen cukai lebih teratur dan usaha pemantaun dapat disusun dengan rapi.

“Ini termasukla­h Pekeliling Hasil Operasi mengenai ejen cukai oleh LHDN supaya sentiasa selari dengan keperluan semasa.

“Manakala Panduan Permohonan Ejen Cukai yang dikeluarka­n oleh BAC perlu ditarikhka­n agar tempoh kuat kuasa sesuatu panduan itu dapat diketahui dan penguatkua­saan terhadap Panduan Permohonan Ejen Cukai yang baru dapat dijalankan dengan mudah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia