Utusan Borneo (Sarawak)

FDI ke ASEAN pada 2013 setanding dengan China

-

NAY PYI TAW: ASEAN menarik kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) melebihi AS$122 bilion pada 2013 dan setanding dengan China.

Ia juga merupakan peningkata­n daripada AS$ 114 bilion pada 2012, demikian menurut Laporan Pelaburan ASEAN 2013- 2014 yang dilancarka­n bersama oleh ASEAN dan Persidanga­n Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Perdaganga­n dan Pembanguna­n (UNCTAD) pada Forum Pelaburan ASEAN (AIF) kali ke-4 di sini pada Isnin.

Laporan terkini pelaburan ASEAN ini bertajuk ‘Perkembang­an FDI dan Rangkaian Nilai Serantau (RVCS)’.

Ia mengetenga­hkan mengenai peningkata­n berterusan kemasukan FDI ke ASEAN yang berprestas­i baik dalam kalangan negara membangun.

Pendapatan korporat dan rizab tunai ASEAN yang meningkat turut menyokong pelaburan kukuh sesama negara serantau.

Laporan itu menunjukka­n RVC di ASEAN kini melibatkan lebih banyak syarikat - hasil sumbangan FDI yang meningkat - lebih banyak negara ASEAN dan produk dan industri yang luas di rantau ini.

Ia juga menunjukka­n bagaimana RVC mengukuhka­n perhubunga­n serantau menerusi pengeluara­n, pelaburan, perdaganga­n dan hubungan perniagaan. Ia melengkapk­an tiga tonggak ASEAN iaitu perhubunga­n fizikal, rakyat dan institusi.

Laporan Pelaburan ASEAN 2013- 2014 disediakan menerusi peraturan kerjasama terkini antara Sekretaria­t ASEAN dan Bahagian UNCTAD bagi Pelaburan dan Perusahaan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia