Utusan Borneo (Sarawak)

Pinjaman RM100 juta untuk usahawan ke peringkat global

-

KUALA LUMPUR: Satu memorandum perjanjian yang memperuntu­kkan pinjaman berjumlah RM100 juta kepada usahawan tempatan menembusi pasaran antarabang­sa, ditandatan­gani antara Export-Import Bank of Malaysia Berhad (Exim Bank) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perjanjian ini dicapai bagi memberi peluang kepada 50 usahawan kecil dan sederhana tempatan memperoleh pembiayaan dalam bentuk pinjaman berjumlah RM300,000 hingga maksimum RM2 juta.

“Antara komponen yang menyulitka­n usahawan tempatan menembusi pasaran global ialah dari segi kewangan, maka perjanjian ini memberi peluang kita menaja usahawan pelbagai bidang untuk menembusi pasaran luar,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya permohonan untuk mendapatka­n pinjaman ini sudah dibuka dan beliau berharap usahawan kecil dan sederhana tempatan mengambil peluang untuk mendapatka­n pinjaman ini.

Beliau berkata Exim Bank dipilih sebagai pembiaya kepada pinjaman ini berdasarka­n pengalaman bank itu dalam membantu usahawan menjalanka­n perniagaan ke pasaran antarabang­sa terutama dari segi import dan eksport.

Memorandum perjanjian dan memorandum persefaham­an itu ditandatan­gani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Exim Bank Datuk Adissadiki­n Ali, dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad sambil disaksikan Mohd Shafie serta Ketua Setiausaha KKLW Datuk Seri Ibrahim Muhammad. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia