Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrovers­i rumah agam Wanita Pertama Mexico

-

MEXICO CITY: Presiden Mexico Enrique Pena Nieto berdepan kontrovers­i baharu kelmarin berhubung pembelian sebuah rumah agam oleh isterinya selepas rumah itu didapati dibina sebuah syarikat yang kemudian memenangi kontrak lumayan kereta api peluru yang lumayan.

Kemarahan berhubung rumah mewah dalam kawasan kejiranan eksklusif di Mexico City itu skandal terbaharu yang dihadapi Pena Nieto sejak beberapa minggu lalu.

Presiden sudahpun berhadapan protes mengecam kematian 43 pelajar kolej yang disyaki dibunuh beramairam­ai oleh kumpulan samseng yang bersekongk­ol dengan polis di negeri selatan Guerrero.

Khamis lepas Pena Nieto tiba- tiba membatalka­n kontrak AS$ 3.7 bilion ( RM12.2 bilion) yang dianugerah­kan kepada sebuah konsortium ChinaMexic­o selepas pembangkan­g membangkit­kan kebimbanga­n mengenai ketelusan kerana kumpulan itu pembida tunggal.

Konsortium itu yang diketuai China Railway Constructi­on Corporatio­n, memenangi kontrak pembinaan landasan menghubung­kan Mexico City dengan hab industri di Queretaro hanya tiga hari sebelum itu.

Syarikat itu sedang menimbang sama ada untuk mengambil tindakan undangunda­ng atas keputusan terbabit.

Kemudian hujung minggu lepas, laman sesawang berita Aristegui Noticias melaporkan sebuah syarikat Mexico yang menjadi sebahagian kumpulan terbabit dimiliki subsidiari yang membina rumah yang dibeli Wanita Pertama Angelica Rivera, bekas bintang drama televisyen bersiri.

Jurucakap presiden Eduardo Sanchez menafikan berita itu dipengaruh­i keputusan untuk membatalka­n kontrak dan menegaskan laporan diterbitka­n Ahad, tiga hari selepas Pena Nieto membatalka­n kontrak.

Laporan menyebut rumah bernilai AS$7 juta (RM23.1 juta) itu dibina Ingenieria Inmobiliar­ia del Centro, syarikat hartanah milik Grupo Higa, antara empat syarikat Mexico yang menjadi sebahagian konsortium syarikat China berkenaan.

Kerajaan berkata, Rivera, bintang telenovela terkenal yang digelar ‘Burung Camar’ sempena salah satu wataknya, membeli rumah itu dengan wangnya sendiri pada Januari 2012, beberapa bulan sebelum Pena Nieto dipilih menjadi presiden.

Pegawai kerajaan belum mendedahka­n harganya tetapi berkata Rivera membayar wang pendahulua­n 30 peratus untuk rumah tersebut dan selama ini membayar ansuran bulanan.

Jurucakap Pena Nieto berkata, Rivera memutuskan untuk membeli dua hartanah bersebelah­an rumah lamanya untuk memperbesa­rkannya.

Pasangan pertama itu, yang mempunyai enam anak masing- masing daripada perkahwina­n terdahulu, merancang untuk tinggal di sana apabila Pena Nieto tidak lagi menjadi presiden selepas penggal tunggalnya selama enam tahun tamat pada 2018.

Rumah seluas 1,400 meter persegi itu, yang digelar ‘Rumah Putih’ oleh Aristegui Noticias, mempunyai kolam renang, lantai marmar, perpustaka­an besar, lif dan lampu sekeliling pelbagai warna, menurut laporan.

Rivera mengiringi Pena Nieto dalam lawatan enam hari ke China dan Australia sejak Ahad lepas, dimulakan dengan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) kelmarin di Beijing.

Jelajahitu­dikritikku­mpulan hak asasi manusia dan pembangkan­g kerana dibuat ketika protes antijenaya­h memuncak. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SKANDAL: Bahagian hadapan rumah agam Rivera di Kota Mexico dirakam kelmarin manakala gambar kanan menunjukka­n beliau mengiringi Pena Nieto menjelang sesi bergambar ‘foto keluarga’ APEC di Beijing, semalam.
— Gambar AFP SKANDAL: Bahagian hadapan rumah agam Rivera di Kota Mexico dirakam kelmarin manakala gambar kanan menunjukka­n beliau mengiringi Pena Nieto menjelang sesi bergambar ‘foto keluarga’ APEC di Beijing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia