Utusan Borneo (Sarawak)

Lima askar, 15 militan terbunuh di Pakistan

-

PESHAWAR: Sekurangku­rangnya lima askar dan 15 anggota militan maut dalam tiga insiden berasingan melibatkan satu pertempura­n dan dua serangan bom di barat laut Pakistan, kata pegawai semalam.

Pertempura­n meletus pada waktu malam di satu pos pemeriksaa­n separa tentera KorSempada­n(FC)dikawasan Shireendar­a dalam daerah Orakzai, sebuah daripada tujuh wilayah kabilah separa autonomi di Pakistan dekat sempadan Afghan.

“Lebih 50 anggota militan menyerang pos pemeriksaa­n. Dua askar mati syahid manakala 15 pengganas maut dalam pertempura­n,” kata seorang pegawai kanan keselamata­n kepada AFP.

Dia berkata enam askar turut mengalami kecederaan dalam serangan itu dan menambah anggota militan lari selepas anggota FC membalas serangan.

Seorang lagi pegawai keselamata­n mengesahka­n insiden tersebut dan kematian.

Dalam kejadian lain, seorang askar maut dan seorang lagi cedera apabila bom tepi jalan meletup dekat kenderaan mereka di bandar barat laut Bannu semalam, kata seorang pegawai keselamata­n.

Dalam insiden berasingan, bom yang dipasang di tepi jalan di perkampung­an Chargoo dalam daerah kabilah bergolak Bajaur dekat sempadan Afghanista­n membunuh dua kakitangan pasukan keselamata­n kabilah dan mencederak­an tiga lagi, kata pegawai kerajaan tempatan Sohail Khan.

Pegawai-pegawai tersebut menyelia perancanga­n keselamata­n bagi vaksin antipolio dari pintu ke pintu di wilayah terbabit di mana puak militan Taliban bergerak aktif, tambahnya.

Pakistan mencatatka­n 85 peratus daripada kes- kes polio di seluruh dunia pada 2014.

Teori konspirasi mengenai vaksin tersebut sebagai komplot untuk memandulka­n orang Islam telah meningkatk­an cabaran yang dihadapi negara tersebut dalam usaha memerangi penyakit berkenaan.

Sejak Disember 2012 sekurang- kurangnya 30 pemberi vaksin polio maut di Pakistan, selain hampir 30 anggota polis dan keselamata­n yang menjaga mereka.

Pakistan sudah memerangi kumpulan Islamis di wilayah kabilah separa autonomi sejak 2004 selepas tentera negara memasuki wilayah tersebut untuk memburu pejuang Al-Qaeda yang telah lari ke seberang sempadan ekoran penaklukan perikatan Amerika Syarikat (AS) ke atas Afghanista­n.

Pada Jun lalu angkatan tentera memulakan operasi besar-besaran ke atas tempat persembuny­ian militan dalam agensi kabilah Waziristan Utara selepas satu serbuan berdarah ke atas Lapangan TerbangKar­achimenama­tkan rundingan damai yang tidak menentu di antara kerajaan dengan Taliban.

Waziristan Utara merupakan pangkalan penting kumpulan Tehreeke-Taliban Pakistan sebagai pusat pelancaran serangan ke atas tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO) di Afghanista­n. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia