Utusan Borneo (Sarawak)

APEC: Obama jelas dingin dengan Putin

-

BEIJING: Beberapa pertemuan ringkas di antara Barack Obama dan Vladimir Putin semasa sidang kemuncak Asia-Pasifik di China semalam memberikan gambaran yang jelas tentang hubungan dingin di antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.

Memandangk­an kedua-dua pemimpin akan bertemu dua kali minggu ini, pertama di Beijing dan kemudian pada sidang kemuncak kumpulan 20 negara maju ( G20) di Brisbane, Australia, mereka tidakmungk­indapatmen­gelak daripada berinterak­si di atas pentas antarabang­sa, dengan mata media dunia dan pemimpin lain yang tertumpu kepada mereka.

Obama dan Putin sama sekali tiada keserasian peribadi, dan dengan ketegangan tinggi ekoran peranan Rusia dalam konflik di Ukraine, tiada kemesraan dalam pertemuan tidak rasmi mereka di forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Ketika sidang kemuncak dirasmikan di pusat konvensyen luar Beijing, Presiden China Xi Jinping berjalan masuk diapit Obama dan Putin.

“Indah sekali, betul tak?” Putin kedengaran berkata dalam bahasa Inggeris ke arah Obama secara amnya, merujuk kepada bilik persidanga­n yang cantik berhias.

“Ya,” jawab Obama dingin, menurut wartawan.

Ketiga- tiga pemimpin berhenti di kerusi Xi di meja rundingan.

Putin menepuk bahu Obama namun tidak mendapat sebarang tindak balas, sebelum Xi sekali lagi duduk diapit mereka berdua.

Kemudian Obama dan Putin kelihatan berbual, masingmasi­ng diiringi penterjema­h, ketika memasuki dewan untuk ‘foto keluarga’.

Kedua- dua pemimpin sudah mengadakan pertemuan ringkas dalam acara sampingan APEC malam kelmarin, dan pegawai kedua- dua pihak berkata mereka tidak membincang­kan isu-isu yang memisahkan mereka.

“Mereka bercakap secara ringkas beberapa kali hari ini,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov.

Selain Ukraine, mereka berbalah mengenai sokongan Rusia kepada Presiden Syria Bashar al-Assad.

Berhubung kebanyakan waktu menerusi telefon sejak setahun lalu, rundingan mereka digambarka­n tegang selepas perhubunga­n di antara Washington dan Moscow jatuh ke tahap terendah sejak Perang Dingin.

Obama berkeras mahu Rusia berhenti menyokong puak pemisah pro- Rusia di timur Ukraine manakala Putin pula menepis sekatan AS dan Kesatuan Eropah ke atas Moscow sebagai tidak produktif.

Timbalan penasihat keselamata­n AS Ben Rhodes memberitah­u pemberita di Beijing semalam, sebarang pertemuana­dalahpelua­ngbagi Obama untuk mengingatk­an Putin tentang janjinya untuk membantu menyelesai­kan krisis Ukraine secara aman.

Kedua- dua pemimpin kali terakhir mengadakan rundingan tidak rasmi secara ringkas dalam acara sampingan sambutan ulang tahun D-Day di Normandy, Perancis Jun lalu.

Pegawai kanan AS itu berkata, belum ada pelan rundingan rasmi empat mata di antara Obama dengan Putin di APEC atau sidang kemuncak G20 pada hujung minggu ini di Brisbane.

Perbezaan gaya peribadi mereka, Putin kasar dan maskulin, Obama dingin dan serius, turut dipamerkan semasa acara menanam pokok beramai-ramai. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? DINGIN: Obama mendengar apa yang diperkatak­an Putin (dua kiri) melalui penterjema­hnya semasa menghadiri sidang kemuncak APEC di Beijing, semalam.
— Gambar Reuters DINGIN: Obama mendengar apa yang diperkatak­an Putin (dua kiri) melalui penterjema­hnya semasa menghadiri sidang kemuncak APEC di Beijing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia