Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen pemandulan meragut lapan nyawa

-

RAIPUR: Lapan wanita maut manakala puluhan lagi dimasukkan ke hospital, kebanyakan­nya dalam keadaan parah selepas menjalani kempen pemandulan beramai-ramai di seluruh negeri, kata seorang pegawai India semalam.

Kebanyakan daripada lebih 80 wanita yang menjalani pemandulan percuma di kem kerajaan di negeri tengah Chhattisga­rh Sabtu lepas jatuh sakit sejurus kemudian, kata pegawai.

“Laporan mengenai penurunan denyutan jantung, muntah-muntah dan penyakit lain mula diterima pada Isnin daripada wanita yang menjalani pembedahan,” kata Sonmani Borah selaku Pesuruhjay­a Daerah Bilaspur di mana kem itu diadakan.

“Sejak Isnin, lapan wanita sudah mati dan 64 lagi berada di beberapa hospital.”

Rakaman televisyen menunjukka­n wanita di atas usungan dikejarkan ke hospital diiringi ahli keluarga yang keresahan.

Borah berkata pihak berkuasa akan menyiasat insiden tersebut.

Kerajaan tempatan di India sering menawarkan insentif seperti kereta dan barangan elektrik kepada pasangan suami isteri yang secara sukarela menawarkan diri untuk pemandulan bagi mengawal populasi negara seramai lebih satu bilion orang.

Pihak berkuasa di timur India dikritik hebat pada tahun lepas setelah sebuah saluran berita mendedahka­n rakaman yang menunjukka­n puluhan wanita diletakkan dalam keadaan tidak sedar di sebuah padang selepas pemandulan beramai-ramai.

Semua wanita tersebut menjalani prosedur pembedahan di sebuah hospital yang menurut pegawai tempatan tidak memiliki kelengkapa­n untuk menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai.

Akhbar harian Indian Express berkata, pembedahan di Chhattisga­rh dijalankan hanya seorang doktor dan seorang pembantuny­a dalam tempoh kira-kira lima jam. “Tiada isu kecuaian. “Beliau seorang doktor kanandanka­miakanmeny­iasat insiden itu,” kata ketua pegawai perubatan mengenai Bilaspur R.K. Bhange kepada akhbar tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia