Utusan Borneo (Sarawak)

China sasari ‘imam liar’ Xinjiang

-

BEIJING: China memenjarak­an 22 orang termasuk “imam liar” yang melanggar undangunda­ng kerana berdakwah di wilayah barat Xinjiang di mana kerajaan mendakwa golongan Islamis sedang melancarka­n kempen ganas untuk menubuhkan sebuah negara berasingan, media China melaporkan semalam.

Suspek seramai 22 orang itu dijatuhi hukuman penjara daripada lima hingga 16 tahun di satu hukuman awam beramai-ramai di Xinjiang kelmarin, China News Service yang dikawal kerajaan melaporkan.

Selain itu, mereka yang dihukum termasuk ketuaketua­agamayangm­enjalankan aktiviti keagamaan selepas dipecat, selain mereka yang melanggar undang-undang ketika masih memegang jawatan, katanya.

Suspek lain dituduh menghasut kebencian etnik, menggunaka­n tahyul untuk merosakkan undang-undang, dan mencari gaduh serta cuba menimbulka­n kekacauan, katanya.

Xinjiang merupakan tempat tinggal sebuah kumpulan minoriti dikenali sebagai Uygur yang kebanyakan­nya beragama Islam.

Kongres Uygur Sedunia yang hidup dalam buangan mengecam hukuman berkenaan dalam satu kenyataan selain menyebut ia adalah satu penindasan agama yang memijak hak bangsa Uygur.

“Apa yang dipanggil perbezaan di antara agama yang sah dan tidak sah ditentukan berdasarka­n keperluan politik China,” kata seorang jurucakap bagi kumpulan tersebut Dilxat Raxit.

“Pada asasnya masyarakat Uygur tidak ada hak untuk beragama.”

Hukuman awam beramairam­ai telah menjadi kebiasaan di Xinjiang, dan televisyen kerajaan sering menunjukka­nnya yang berlaku di auditorium terbuka yang penuh sesak.

Kumpulan hak asasi manusia menyatakan perbicaraa­n dan hukuman beramairam­ai menafikan hak bagi proses undang-undang yang sewajarnya. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia