Utusan Borneo (Sarawak)

Jangkitan demam denggi di Morsjaya serius

34 kes pada Disember 2014, daripada jumlah itu 10 kes dikesan pada hujung Disember hingga semalam

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Jangkitan wabak demam denggi di pusat komersil Morsjaya Jalan Miri Airport semakin serius sejak ia dikesan merebak bulan lalu.

Sebanyak 34 kes dilapor pada Disember dan daripada jumlah tersebut, 10 kes dikesan pada penghujung Disember hingga semalam.

Pemeriksaa­n Jabatan Kesihatan mendapati penduduk dan peniaga tidak membersih atau membuang air takungan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Serangga pembawa virus denggi itu didapati dibiar membiak di dalam kontena, pasu bunga, tong, tayar terbiar, pam tandas dan tempattemp­at takungan air yang lain.

Situasi itu dipercayai menjadi faktor utama peningkata­n jangkitan demam denggi yang mendadak di kawasan berkenaan.

Premis tidak berpenghun­i

Kita mahu penduduk sedar tentang masalah ini dan memberi kerjasama

” untuk membasminy­a.

yang terkunci turut dikenal pasti menjadi habitat nyamuk aedes.

Lapan kawasan dikenal pasti berpotensi tinggi jang- kitan denggi ialah Jalan Nasturium, Jalan Allamanda, Jalan Calycina, Jalan Cosmo, Happy Garden, Taman Pin Fook, Taman Da Sing dan Taman Wah Shin.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Lawrence Lai memandang serius isu tersebut dan mahu penduduk dan peniaga memberi kerjasama membersihk­an kediaman dan premis perniagaan mereka daripada dijadikan habitat nyamuk.

Mereka turut digesa bertindak membasmi pembiakan nyamuk itu dengan menyembur aerosol atau membuang air takungan yang didapati mengandung­i jentik-jentik.

“Semasa musim hujan ini, kes demam denggi di sini dilapor semakin meningkat, dua kali ganda berbanding tahun lalu.

“Kita mahu penduduk sedar tentang masalah ini dan memberi kerjasama untuk membasminy­a,” tegas Lawrence.

Beliau meminta kerjasama penduduk dan peniaga membenarka­n pihak berkuasa melakukan pemeriksaa­n di kawasan kediaman dan perniagaan mereka.

Lawrence menambah, Jabatan Kesihatan Miri akan terus melakukan pemeriksaa­n di Morsjaya untuk mengawal penularan jangkitan wabak maut itu.

“Pada hari Ahad ini, kita akan menganjurk­an gotongroyo­ng bermula jam 7 hingga 9 pagi.

“Kita juga akan melakukan proses pengasapan berterusan untuk mengurangk­an jumlah pembiakan nyamuk di sekitar kawasan Morsjaya,” jelas beliau semalam.

Lawrence Lai Datuk Bandar MBM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia